AWANG percaya akan berkumandang lagi desakan agar diasingkan kuasa di antara Peguam Negara (AG) dengan pendakwa raya. Semasa berkempen dulu, ramai pemimpin PH yang mahu hal itu berlaku. Pada pendapat Awang, hal ini penting bagi mengelak... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG percaya akan berkumandang lagi desakan agar diasingkan kuasa di antara Peguam Negara (AG) dengan pendakwa raya.

Semasa berkempen dulu, ramai pemimpin PH yang mahu hal itu berlaku.

Pada pendapat Awang, hal ini penting bagi mengelak pandangan negatif rakyat bahawa akan berlaku konflik kepentingan apabila AG dan pendakwa raya dalam lubuk yang sama.

Dengan pemisahan kuasa yang jelas, seorang AG tidak boleh campur tangan dalam kuasa pendakwa raya. Dalam hal membabitkan pendakwaan ke atas ahli dari badan eksekutif, ia sangat penting.

Pada waktu yang sama, dapat dikurangkan kemungkinan berlaku pendakwaan bermotif politik atau pendakwaan terpilih.

Memang kita lihat hal ini berleluasa berlaku di negara kita.

Semasa seseorang itu berkuasa, tiada siapa yang berani usik. Bila dah jatuh, macam-macamlah pendakwaan dibuat.

Awang rasa, kes yang membabitkan Presiden UMNO ini buka mata semua pihak. Banyak reformasi dalam sistem perundangan yang perlu dilakukan. Banyak pihak yang mula bersuara tentang soal keadilan sebenar.

Apakah ada dua darjat dalam sistem perundangan kita?

Memang kita sokong 100 peratus jihad Tuk Seri PM untuk lawan rasuah. Mana-mana dia cakap pasal itu. Tapi kerajaannya kena dilihat telus tangani soal ini.

Jangan sampai macam baris akhir sajak Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang berjudul DNAA: Isyarat apa pemerintah hari ini ingin beritahu pada dunia?

Klik di sini untuk terus membaca