AWANG cuba bayangkan apa agaknya kata Tuk Seri Mat Sabu jikalau dia pembangkang hari ini dalam isu beras. Nampaknya selepas telur, beras pula hilang daripada pasaran. Sekarang beras pula kena catu. Kementerian Mat Sabu mula hadkan pembelian beras tempatan kepada 100kg seorang.
Kata kementerian, hal ini terpaksa dibuat untuk stabilkan bekalan tersebut.
Awang boleh bayangkan jikalau kerajaan lain di tampuk, Mat Sabu dah jadikan ini kempen di mana-mana dia berceramah. "Apa sudah jadi kerajaan hari ini, beras pun tak boleh settle.”
Bukanlah Awang nak cari salah sesiapa. Kita semua tahu beras makanan utama. Tapi sistem jualannya tak betul. Sepatutnya bahan utama macam beras dan gula tidak boleh dijadikan bahan monopoli. Buka AP import beras kepada sebanyak mungkin syarikat. Biar ada perlawanan harga.
Jikalau tak ada monopoli beras, rakyat akan untung. Petani boleh pasarkan padi secara terbuka kepada pembeli yang beri harga terbaik. Jikalau keadaan ini tak diubah, sampai bilapun kita akan ada isu beras.
Awang harap Mat Sabu faham bahawa pastikan rakyat cukup bekalan beras adalah misi utama kementeriannya. Oleh sebab itu ada perkataan ‘keterjaminan makanan.’
Klik di sini untuk terus membaca