SHAH ALAM - Ramai dalam kalangan komuniti atau pengundi Cina gerun memikirkan Pas menjadi kerajaan kerana bimbang perlu menjalani kehidupan masyarakat bercorak teokratik (pemerintahan agama) di mana akan memberi kesan kepada aktiviti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ramai dalam kalangan komuniti atau pengundi Cina gerun memikirkan Pas menjadi kerajaan kerana bimbang perlu menjalani kehidupan masyarakat bercorak teokratik (pemerintahan agama) di mana akan memberi kesan kepada aktiviti sosioekonomi.

Penasihat Kanan Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Dr Oh Ei Sun berkata, kebimbangan golongan itu diterjemahkan melalui negara-negara luar seperti Iran dan Afghanistan yang mana turut mengamalkan corak masyarakat teokratik.

"Mereka melihat contoh masyarakat teokratik di Iran serta Afghanistan, dan bimbang bahawa mereka terpaksa hidup dalam keadaan yang sama di mana peraturan agama akan diperluaskan kepada semua,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau mengulas dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh bahawa masyarakat atau pengundi Cina merupakan golongan paling gerun apabila memikirkan Pas akan menjadi kerajaan.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof Wong Chin Huat, berkata, terdapat tiga faktor utama kepada ketakutan komuniti Cina dan mungkin sebahagian besar masyarakat bukan Islam kepada Pas pasca bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, faktor pertama adalah serangan tidak henti-henti oleh pemimpin kanan Pas dan sekutu parti itu.

"Kedua, Pas cuba menyekat kebebasan masyarakat sama ada secara umum dengan memisahkan lelaki dan perempuan dalam semua acara awam dan menyekat hiburan atau secara khas ke atas bukan Muslim (menyekat jualan arak dan judi dengan berhujahkan agama bukan Islam seolah-olah Pas adalah pakar agama lain),” katanya.

Beliau berkata, faktor ketiga pula adalah sikap keras Pas terhadap parti yang tidak bersetuju dengan parti itu, termasuk amalan takfiri terhadap UMNO pada zaman 1990-an, di mana turut menakutkan pengundi bukan Muslim yang bertamadun.

Klik di sini untuk terus membaca