CERITA siapa ‘lepaskan’ Tuk Seri Zahid nampaknya tak habis-habis lagi. Banyaklah teori tentang siapa di belakang semua itu. Tuk Seri Perdana Menteri kata, keputusan tarik balik kes Timbalan Perdana Menteri adalah kuasa Peguam Negara... Klik di sini untuk terus membaca

CERITA siapa ‘lepaskan’ Tuk Seri Zahid nampaknya tak habis-habis lagi. Banyaklah teori tentang siapa di belakang semua itu. Tuk Seri Perdana Menteri kata, keputusan tarik balik kes Timbalan Perdana Menteri adalah kuasa Peguam Negara (AG).

Kita semua tahu mahkamah tak ada pilihan melainkan membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Menarik juga kalau kita tengok bahawa AG yang baharu dilantik berkuat kuasa pada 6 September.

Macam cerita wayang, dia meninggalkan pejabat dengan gendang pengakhiran yang hebat. Kata orang putih, grand finale. Jadi kalau betul begitu, hebat sangatlah wayang itu. Tak tunggu langsung AG baru masuk pejabat.

Padanlah Tuk Seri PM kata dia tak tahu menahu. Dalam kempen di PRK Johor pun orang kuat dia kata, Tuk Seri PM tak campur hal AG. Bagi Awang inilah peluang untuk memisahkan kuasa AG dengan pendakwa raya supaya tak ada sesiapa yang jadi begitu berkuasa. Hingga PM sendiri tak tahu apa dia buat.

Klik di sini untuk terus membaca