SHAH ALAM - Hujan lebat dan tindakan boikot oleh pengundi bukan Melayu dikatakan dua punca utama jumlah keluar mengundi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram rendah iaitu di bawah 65 peratus... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Hujan lebat dan tindakan boikot oleh pengundi bukan Melayu dikatakan dua punca utama jumlah keluar mengundi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram rendah iaitu di bawah 65 peratus daripada keseluruhan 205,810 pemilih berdaftar.

Peratusan keluar mengundi yang rendah itu pada mulanya dilihat memberi impak besar terhadap peluang calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman untuk menang di kedua-dua kerusi tersebut.

Bagaimanapun, keputusan PRK yang diumumkan pada malam Sabtu menyaksikan ramalan tersebut ternyata meleset.

Hisomuddin
Hisomuddin
Hisomuddin
Hisomuddin
Hisomuddin
Hisomuddin

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, banyak pihak meramalkan Suhaizan mungkin gagal sekali lagi dalam percubaan ketujuhnya menjadi wakil rakyat berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah tersebut.

Hisommudin berkata, Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor boleh menang dengan mudah di Parlimen Pulai sekiranya peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus.

"Antara perkara yang memberi caba-ran kepada PH mempertahankan kerusi Parlimen Pulai ialah calon yang dipilih bukan tokoh ternama, selain penyokong setia parti berada di zon selesa kerana terlalu yakin mereka boleh menang mudah di situ,” katanya kepada Sinar Premium.

Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar
Khairol Anuar

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Khairol Anuar Kamri berpandangan, peratusan keluar mengundi rendah adalah disebabkan majoriti pengundi luar yang bekerja di Lembah Klang dan negara jiran, Singapura memboikot pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, majoriti penyokong PH juga didakwa memboikot PRK Pulai dan Simpang Jeram sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa penjelasan munasabah.

"Pengundi bukan Melayu sememangnya sensitif terhadap isu rasuah dan integriti ini. Jadi mereka mungkin memboikot PRK Pulai dan Simpang Jeram sebagai signal kepada PH yang selama ini menjuarai isu terbabit,” katanya.

Pengundi muda menunaikan tanggungjawab keluar mengundi di Sekolah Agama Tun Dr Ismail, Muar. - Foto Bernama
Pengundi muda menunaikan tanggungjawab keluar mengundi di Sekolah Agama Tun Dr Ismail, Muar. - Foto Bernama
Pengundi muda menunaikan tanggungjawab keluar mengundi di Sekolah Agama Tun Dr Ismail, Muar. - Foto Bernama
Pengundi muda menunaikan tanggungjawab keluar mengundi di Sekolah Agama Tun Dr Ismail, Muar. - Foto Bernama
Pengundi muda menunaikan tanggungjawab keluar mengundi di Sekolah Agama Tun Dr Ismail, Muar. - Foto Bernama

Sehingga tempoh pengundian tamat pada jam 6 petang Sabtu, jumlah tidak rasmi peratusan keluar mengundi di Pulai ialah 46.8 peratus, manakala Simpang Jeram ialah 60.2 peratus.

Jumlah itu sekali gus tidak mencapai sasaran ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu 70 peratus.

Klik di sini untuk terus membaca