EDINBURGH - Humza Yousaf atau nama penuh nya, Humza Haroon Yousaf yang dilahirkan pada 7 April 1985 di Glasgow ialah ahli politik Scotland yang menjadi Menteri Pertama atau Ketua Menteri termuda beragama Islam. Pelantikan Humza, 38, yang... Klik di sini untuk terus membaca

EDINBURGH - Humza Yousaf atau nama penuh nya, Humza Haroon Yousaf yang dilahirkan pada 7 April 1985 di Glasgow ialah ahli politik Scotland yang menjadi Menteri Pertama atau Ketua Menteri termuda beragama Islam.

Pelantikan Humza, 38, yang kini mengetuai Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dibuat bagi menggantikan pendahulunya, Nicola Sturgeon yang meletakkan jawatan.

Kehidupan awal dan kerjaya

Humza dilahirkan dan dibesarkan di Glasgow. Ibu bapanya merupakan pendatang dari Pakistan dan Kenya pada 1960-an.

Sejak kecil, beliau diberi galakan oleh ibu bapanya untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan pada usia 10 tahun, beliau pernah menjadi sukarelawan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islamic Relif sebagai jurucakap kepada media.

Humza pernah bersekolah di Sekolah Tatabahasa Hutchesons sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Glasgow dan memperoleh ijazah dalam bidang politik.

Semasa masih belajar, Humza mengasaskan program menyediakan pakej makanan untuk pencari suaka di Glasgow.

Selepas menyertai SNP pada 2004, Humza memulakan kerjaya politiknya pada 2007 dengan bekerja sebagai pengurus pejabat dan pembantu kepada Ahli Parlimen Scotland (MSP), Bashir Ahmad yang merupakan rakan keluarga mereka sejak kecil.

Selepas Bashir meninggal dunia pada 2009, Humza mula bekerja dengan beberapa ahli Parlimen lain seperti Anne McLaughlin, Alex Salmond dan Nicola Sturgeon.

Kemudian, beliau dilantik sebagai ahli Parlimen di Pollok, Glasgow pada 2016.

Beberapa tahun selepas itu, kerjaya Humza sebagai ahli politik semakin berkembang apabila dilantik Menteri Hal Ehwal Luar dan Pembangunan (2012), Menteri Pengangkutan (2016–2018) serta Setiausaha Penjagaan Kesihatan dan Sosial (2021).

Humza mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertama Scotland di Mahkamah Sesyen di Edinburgh. - AFP
Humza mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertama Scotland di Mahkamah Sesyen di Edinburgh. - AFP
Humza mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertama Scotland di Mahkamah Sesyen di Edinburgh. - AFP

Kehidupan peribadi

Pada 2013 hingga 2015, Humza mengahwini isteri pertama, Gail Lythgoe yang juga anggota SNP dan dikurniakan seorang anak, namun berakhir dengan penceraian.

Perkahwinan kedua pada 2019 dengan Nadia El-Nakla, seorang ahli psikoterapi berketurunan Palestin, juga dikurniakan dengan seorang anak.

Seperti diketahui, Humza merupakan peminat bola sepak tegar pasukan Celtic yang berpangkalan di Glasgow dan hobinya menunggang motosikal.

Pada Februari 2023, Sturgeon telah mengejutkan rakyat Scotland apabila menyatakan hasrat meletakkan jawatan sebagai pemimpin SNP dan Menteri Pertama negara itu.

Humza mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dan sekarang. - AFP
Humza mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dan sekarang. - AFP

Kemuncak jawatan

Beliau menyifatkan dirinya sudah letih dan sebagai seorang yang terlalu memecahbelahkan selepas lebih lapan tahun memimpin SNP serta MSP.

Pada ketika itu, Humza tidak melepaskan peluang merebut jawatan tersebut untuk menggantikan Ketua Menteri yang keenam.

Walaupun Humza dikatakan bukan pilihan Sturgeon, segelintir MSP lain menyatakan beliau dilihat sebagai calon ‘kesinambungan’ pemimpin terdahulu.

Justeru, pemilihan tiga penjuru bermula apabila Humza ditentang Setiausaha Kewangan, Kate Forbes,32 dan bekas Menteri Keselamatan Masyarakat, Ash Regan, 49.

Akhirnya, Humza menang dengan mendapat undi 52 peratus daripada anggota SNP dalam persaingan sengit pada pemilihan tersebut.

Humza selepas dipilih berjanji dan berikrar untuk meneruskan perjuangan SNP bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Scotland.

"Rakyat Scotland mahukan kemerdekaan sekarang dan kami adalah generasi yang akan mendapatkan kemerdekaan bagi Scotland.

"Kita semua harus berbangga kerana kami telah menghantar mesej jelas bahawa warna kulit, kepercayaan anda semua bukanlah penghalang untuk memimpin negara yang kita panggil sebagai tanah air tercinta,” katanya selepas diumumkan pemenang pemilihan. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca