SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan berhubung tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Ahli Majlis... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan berhubung tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rodziah Ismail berkata, beliau diberitahu mengenai perkara tersebut, namun tidak mahu mengulas lanjut.

"Saya dimaklumkan Majlis Presiden PH-Perpaduan akan bincangkan perkara ini.

"Jadi, saya tidak dapat komen,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada kepimpinan PH akan mengenakan tindakan kepada Syed Saddiq kerana beliau memenangi kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas dasar pakatan Muda bersama PH.

Sehari selepas kerusi Parlimen Pulai kekal milik PH menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung Sabtu lalu, Muda mengumumkan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Berikutan itu, Kerajaan Perpaduan kini memiliki 147 sokongan ahli Parlimen, kurang satu bilangan asas untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Syed Saddiq menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang juga merupakan Ahli MPP PKR berpendapat, PH tiada kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Syed Saddiq, bagaimanapun Ahli Parlimen Muar itu perlu kosongkan kerusi dimenanginya itu.

"Dia (Syed Saddiq) menang atas tiket Muda bukannya PH tetapi atas moral politik, beliau sepatutnya meletakkan jawatan.

"Ini kerana Syed Saddiq pun menang atas sokongan PH. Oleh itu, kita berasa kecewa atas tindakan tersebut,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca