KADANG-kadang di tengah riuh rendah isu DNAA, kita terlupa isu besar yang Kerajaan Perpaduan nak bawa. Soal nak makmurkan rakyat.
Kerajaan Tuk Seri PM10 nak kukuh, mampan dan bangun masyarakat sejahtera. Juga nak bawa Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi.
Oleh sebab itu, kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 itu penting. Banyaklah nampaknya usaha kerajaan nak bagi elok dan maju negara kita.
Sayang sekali sidang khas Parlimen sehari dua ini digelincirkan oleh isu DNAA. Patutnya tumpuan diberikan pada wang berbilion ringgit yang dijanjikan oleh PM10 untuk tujuan itu.
Awang juga harap ahli-ahli Parlimen yang tidak habis-habis tumpukan pada isu DNAA, berikanlah juga perhatian serius pada agenda ekonomi.
Awang rasa Speaker Dewan Rakyat kenalah janjikan satu waktu khas untuk bincangkan tindakan Peguam Negara. Kalau tidak dalam semua perbahasan, akan balik ke situ juga.
Pada pendapat Awang, bukanlah tambahan RM90 bilion lagi yang rakyat nak tahu. Rakyat juga nak tahu apa yang kerajaan ini boleh janjikan untuk pastikan peruntukan sebanyak itu digunakan sebaiknya demi rakyat.
Macam kata PM10, apa yang penting adalah soal integriti, transparensi, tata kelola yang baik dan tidak berlaku rasuah serta salah guna kuasa.
Klik di sini untuk terus membaca