TIBA-tiba Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat gelaran ‘Hero Rakyat Malaysia’. Hal itu dinobatkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam. Presiden Parti Ikatan... Klik di sini untuk terus membaca

TIBA-tiba Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat gelaran ‘Hero Rakyat Malaysia’. Hal itu dinobatkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat gelaran itu disebabkan dia bawa keluar partinya dari gabungan Pakatan Harapan (PH).

Dengan itu, maka serta-merta PH hilang kedudukan dua pertiga di Parlimen.

Beliau buat begitu kerana bantah pengguguran kes rasuah melibatkan Tuk Seri Zahid Hamidi oleh Pejabat Peguam Negara.

Adalah yang kecam beliau kerana tindakan itu. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kata, tak wajar Syed Saddiq buat begitu.

Dia menang di Muar oleh sebab sokongan PH. Tuk Lokman Adam dan lain-lain balun Syed Saddiq kaw-kaw kata orang.

Presiden Muda itu pula, cabar semua ahli Parlimen yang tidak setuju dengan tindakannya untuk tengok cermin dan kosongkan kerusi masing-masing.

"Sejak bila kamu dipilih untuk gugurkan rasuah?” tanya beliau.

Beliau juga bertanya apakah platform sebenar perjuangan ahli Parlimen semua? Kata beliau lagi, dulu janji nak perangi rasuah, mana janji itu?

Awang bukanlah nak menyebelahi beliau. Tapi apa yang berlaku memang buat ahli Parlimen Kerajaan juga serba salah.

Klik di sini untuk terus membaca