[EKSKLUSIF] KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman percaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh berfikir dengan baik untuk menyokong sebarang usul atau rang undang-undang (RUU) di Parlimen. Beliau... Klik di sini untuk terus membaca

[EKSKLUSIF] KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman percaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh berfikir dengan baik untuk menyokong sebarang usul atau rang undang-undang (RUU) di Parlimen.

Beliau berkata, ahli Parlimen perlu sedar bahawa rakyat akan menilai setiap tindakan untuk membawa hala tuju negara.

"Syed Saddiq boleh berfikir dengan baik apabila ada usul-usul yang dibawa, RUU (rang undang-undang) yang akan dibentangkan, memerlukan dua pertiga itu, beliau pasti akan beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk meluluskan RUU yang diperlukan.

"Termasuk sebelah pembangkang. Jika untuk kebaikan rakyat khususnya, mereka akan beri undi.

"Mereka sendiri perlu fikir dan sedar bahawa rakyat di luar menilai. Jika sesuatu dalam RUU itu baik, tapi kalau mereka tak undi rakyat akan lihat ke mana mereka nak fikir hala tuju negara,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas tindakan Syed Saddiq yang merupakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, prinsip dan pilihan itu perlu dihormati.

"Saya faham setiap orang ada prinsip dan pemikiran sendiri. Apabila Syed Saddiq dan Muda keluar daripada Kerajaan Perpaduan, itu hak dia dan kita hormat.

"Walaupun bukan dalam satu blok, ia bukan bermakna sokongan tidak boleh diberikan lebih-lebih lagi demi kebaikan rakyat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Young Syefura turut menafikan dakwaan bahawa tindakan Syed Saddiq menghalang perancangan DAP melakukan persempadanan pilihan raya dan mengubah Perlembagaan Persekutuan.

”Persempadanan semula ini memerlukan setiap lapan tahun sekali dan tak perlukan dua pertiga. Keputusan itu boleh dibuat SPR,” katanya.

Untuk rekod, tindakan Muda menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan menyebabkan kerajaan tidak cukup majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ia susulan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Klik di sini untuk terus membaca