AWANG cuba bayangkan kalaulah isu DNAA Tuk Seri Zahid berlaku sewaktu pemimpin kerajaan sekarang dalam pembangkang, Awang yakin 100 peratus mereka akan buat perhimpunan aman dan berarak di jalanan. Mereka juga akan buat tuntutan untuk hal... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG cuba bayangkan kalaulah isu DNAA Tuk Seri Zahid berlaku sewaktu pemimpin kerajaan sekarang dalam pembangkang, Awang yakin 100 peratus mereka akan buat perhimpunan aman dan berarak di jalanan. Mereka juga akan buat tuntutan untuk hal itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Gitulah nampaknya adat dunia. Ada masa di sebelah sini, ada masa di sebelah sana. Jadi sekarang apabila Pemuda PN nak buat perhimpunan awam tak boleh salahkan mereka. Begitu juga jikalau pembangkang di Parlimen tuntut waktu untuk bincang isu DNAA, itu hak mereka.

Apa yang tak dihimpun, diarak dan dimanifestokan masa dulu. Berapa siri Bersih, berapa kali berarak ke Parlimen, sampai isu Ketua Pesuruhjaya SPRM pun ada perhimpunan.

Kita sudah ada Akta Perhimpunan Awam 2012 hasil perjuangan PH sendiri. Oleh itu, Awang setuju dengan peguam Mohd Radzlan Jalaluddin dalam surat khabar ini yang kata permit tidak diperlukan lagi untuk berhimpun. Apa yang perlu beritahu polis di mana nak berhimpun.

Awang sokong juga pandangan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang kata eloklah dibenarkan perhimpunan itu. Beliau ingatkan kerajaan bahawa perhimpunan jalanan adalah sebahagian daripada sejarah perjuangan kerajaan hari ini.

Klik di sini untuk terus membaca