ADA satu lagi drama di Kuala Lumpur yang rakyat Malaysia tak banyak tahu. Ahli Parlimen kita pun sunyi sepi dalam soal ini. Ia membabitkan pemilik rumah Kampung Sungai Baru dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Mereka kecewa dan marah apabila terima notis pengosongan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG). Cerita rumah-rumah di situ bukan baru. Ada pemaju nak ambil alih kawasan itu untuk membangunkan hartanah pada 2016. Ia membabitkan 98 unit rumah teres dan lapan blok flat.
Yang jadi persoalannya adalah mengapa digunakan Akta Pengambilan Tanah untuk tujuan itu? Akta itu patutnya diguna pakai hanya dalam kes apabila apabila melibatkan projek kepentingan awam macam buat sekolah, hospital, lebuh raya dan sebagainya. Tapi ini untuk pembangunan hartanah swasta.
Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat di situ dah mengadukan kepada PM10. Pada 13 Januari tahun ini PM10 bagi arahan supaya ditangguh projek itu. Tiba-tiba pada 5 September PTG keluar notis merah.
Awang harap semua pihak buka mata dalam soal ini. Rakyat bukan tentang pembangunan tapi janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh.
Klik di sini untuk terus membaca