WASHINGTON - Kegiatan tidak terkawal manusia mendorong kepada kehilangan seluruh dahan 'Pokok Kehidupan', menurut kajian baharu diterbitkan pada awal minggu lalu yang memberi amaran tentang ancaman kepupusan secara besar-besaran... Klik di sini untuk terus membaca

WASHINGTON - Kegiatan tidak terkawal manusia mendorong kepada kehilangan seluruh dahan 'Pokok Kehidupan', menurut kajian baharu diterbitkan pada awal minggu lalu yang memberi amaran tentang ancaman kepupusan secara besar-besaran keenam.

"Krisis biotik adalah seteruk krisis perubahan iklim, namun tidak begitu diendahkan. Apa yang dipertaruhkan ialah tentang masa depan manusia,” kata Profesor Gerardo Ceballos di National Autonomous University of Mexico yang juga penulis bersama kajian diterbitkan Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS).

Penyelidikan itu agak unik kerana ia bukan sekadar mengkaji kehilangan spesies malah meneliti kepupusan seluruh genus (genera) iaitu satu kumpulan taksonomi terdiri daripada spesies yang sangat berkait rapat.

"Ia merupakan kajian yang amat penting. Ia adalah pertama kali penyelidikan seumpama ini yang cuba menilai kadar kepupusan moden di atas tahap spesies itu sendiri.

"Pokok Kehidupan yang mewakili benda hidup dan dilakar bapa teori evolusi terkenal, Charles Darwin semakin terancam,” kata ahli biologi di Universiti Hawaii, Robert Cowie.

Profesor Emeritus Anthony Barnosky di Universiti California, Berkeley juga senada dengan penyelidik lain.

"Kajian itu jelas menunjukkan kita bukan hanya memotong ranting terminal malah terus menggergaji dahan lebih besar,” ujarnya secara berkias.

Gambar rajah pertama tentang lakaran 'Pokok Kehidupan' dihasilkan Charles Darwin pada 1837.
Gambar rajah pertama tentang lakaran 'Pokok Kehidupan' dihasilkan Charles Darwin pada 1837.
Gambar rajah pertama tentang lakaran 'Pokok Kehidupan' dihasilkan Charles Darwin pada 1837.
Gambar rajah pertama tentang lakaran 'Pokok Kehidupan' dihasilkan Charles Darwin pada 1837.

73 SPESIES PUPUS

Penyelidik dikatakan bergantung kepada spesies yang disenaraikan telah pupus oleh Kesatuan untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) dan memfokuskan vertebrata (tidak termasuk ikan) dengan lebih banyak data tersedia.

Mereka membuat kesimpulan kira-kira 73 spesies telah pupus daripada kira-kira 5,400 genera yang terdiri daripada 34,600 spesies dalam tempoh lima abad dan kebanyakannya dalam jangka masa 200 tahun lalu.

Kumpulan itu turut membandingkan kadar kepupusan yang dianggarkan daripada rekod fosil dalam jangka masa yang sangat panjang.

"Berdasarkan kadar kepupusan dalam tempoh jutaan tahun sebelum ini, kita menyangka hanya kehilangan dua genera sebaliknya angka sebenar ialah 73,” kata Ceballos.

Hentaman asteroid yang melenyapkan dinosaur kira-kira 66 juta tahun lalu disebut sebagai kepupusan besar-besaran kelima.
Hentaman asteroid yang melenyapkan dinosaur kira-kira 66 juta tahun lalu disebut sebagai kepupusan besar-besaran kelima.
Hentaman asteroid yang melenyapkan dinosaur kira-kira 66 juta tahun lalu disebut sebagai kepupusan besar-besaran kelima.

Kajian itu menganggarkan keadaan kepupusan itu mungkin mengambil masa 18,000 tahun dan bukan lima abad memandangkan anggaran sedemikian tidak dapat disahkan selain rekod fosil tidak lengkap serta tidak semua spesies diketahui.

Puncanya? Sudah tentu disebabkan aktiviti manusia seperti pemusnahan habitat untuk pembangunan dan penangkapan ikan secara tidak terkawal.

"Kehilangan satu genus boleh memberi impak besar kepada seluruh ekosistem. Kebimbangan utama kami adalah proses ini berlaku terlalu cepat yang menjadi isyarat kejatuhan sesebuah tamadun,” jelas Ceballos lagi.

Kesemua pakar bersetuju bahawa kadar kepupusan semasa adalah membimbangkan yang mungkin mewakili permulaan krisis biotik keenam selepas hentaman asteroid melenyapkan dinosaur kira-kira 66 juta tahun lalu yang masih menjadi topik perdebatan banyak pihak.

Saintis mendefinisikan kepupusan besar-besaran sebagai kehilangan 75 peratus spesies dalam tempoh yang singkat.

Cowie percaya keadaan itu masih belum berlaku.

"Sikap sambil lewa mungkin boleh menyebabkan perkara itu terjadi pada kadar segera,” katanya.

Ceballos juga menyarankan langkah untuk menghentikan pemusnahan habitat semula jadi dan memulihkan apa yang telah dimusnahkan oleh tangan rakus manusia.

Menurutnya, masih ada masa untuk menyelamatkan lebih banyak genera.

"Kita akan dapat melindunginya jika bertindak sekarang,” tegasnya. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca