[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tiada sebarang rasa canggung atau takut apabila beliau lantang berbicara soal rasuah kerana yakin berada di pihak yang benar. Menurutnya, walaupun ada... Klik di sini untuk terus membaca

[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tiada sebarang rasa canggung atau takut apabila beliau lantang berbicara soal rasuah kerana yakin berada di pihak yang benar.

Menurutnya, walaupun ada yang beranggapan bahawa beliau seolah-olah bersikap ‘suci’ dan ‘bersih’ di mata masyarakat, ia bukanlah penghalang untuknya terus bersuara.

"Kalau kita yakin berada pada kedudukan berani kerana benar, kenapa nak takut berhadapan dengan pendakwa raya atau mahkamah?

"Mahkamah ini akhirnya dilihat sebagai institusi yang bebas dan ada tiga peringkat. Kalau keputusan itu bersalah, boleh rayu lagi (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan). Sebab itu dalam bab ini, kita tak boleh takut.

"Cuma, saya mohon saya dibicarakan dengan adil. Saya berada (berjuang) di mahkamah sampai ke hari ini, menunggu keputusan sahaja,” katanya dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian.

Sementara itu, keputusan sama ada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM1 juta ketika mengetuai Armada Bersatu, akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin ketika dihubungi mengesahkan tarikh tersebut.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju, beliau perlu meletakkan keyakinan kepada institusi kehakiman negara.

"Walau ditekan sekalipun, jangan takut. Pada hari ini, ada elit politik yang dilihat mendapat pembebasan daripada korupsi dengan menggunakan kuasa, tak apalah saya dibicarakan bertahun-tahun.

"Kita tak mahu rakyat fikir, biarlah curi ratusan juta ringgit, tak payah fikir pasal bina hospital dan sekolah, bela orang susah, tapi bila sudah sampai saat-saat akhir, nego (runding) belakang.

"Itu bukan cara yang betul. Sebab itu, tidak pernah sekalipun saya mohon kes digugurkan. Cuma, saya mohon dibicarakan dengan adil di mahkamah,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca