SHAH ALAM - Penggubalan Undang-undang Anti Ucapan Kebencian lebih wajar diwujudkan berbanding Akta Anti Diskriminasi bagi menjaga ketenteraman dan moraliti awam dalam negara. Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penggubalan Undang-undang Anti Ucapan Kebencian lebih wajar diwujudkan berbanding Akta Anti Diskriminasi bagi menjaga ketenteraman dan moraliti awam dalam negara.

Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA-UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, ini kerana penggunaan istilah diskriminasi akan memberi gambaran buruk terhadap imej negara.

"Jika Undang-undang Anti Ucapan Kebencian, saya sokong tetapi ia perlu dikaji semula agar tidak bertindih dengan cadangan lain iaitu Akta Kebencian Kaum dan Ekstremisme Agama.

"Paling utama, hukuman perlu lebih tegas hingga mampu memberi kesedaran bukan sahaja kepada pelaku malah peringatan kepada orang lain juga.

"Sekiranya didapati bersalah, individu akan dipenjarakan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak mahkamah dan tiada sebarang ikat jamin dibenarkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Media pada Rabu melaporkan, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan diskriminasi seperti Akta Anti Diskriminasi bagi menjamin keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Justeru, Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, perbincangan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan tindakan itu mengambil kira realiti masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, Kok Seong berpendapat, tiada keperluan untuk mewujudkan undang-undang tersebut.

"Mungkin bagi beliau (Senator), ia satu keperluan untuk melihat realiti masyarakat majmuk dalam Malaysia.

"Namun, jika diteruskan ia seolah-olah memberi gambaran bahawa wujudnya diskriminasi dalam negara sedangkan pada hakikatnya, tidak berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata, diskriminasi memang wujud di mana-mana tetapi perlu dilihat jika ia bersifat sistemik atau sebaliknya.

Klik di sini untuk terus membaca