PUTRAJAYA - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sedia mempertimbangkan sebarang usul termasuk permohonan menggantung tugas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sekiranya dibawa ke sidang dewan. Bagaimanapun, beliau... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sedia mempertimbangkan sebarang usul termasuk permohonan menggantung tugas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sekiranya dibawa ke sidang dewan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pemakluman atau surat rasmi berhubung perkara itu.

"Itu adalah hak eksekutif. Sekiranya mereka bawa masuk, saya sedia mempertimbangkan mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Johari mengakui akan meneliti permohonan yang dimaksudkan terlebih sebelum keputusan dibuat.

"Saya akan kaji sekiranya ada peraturan yang sesuai dan maklumkan kepada mereka,” ujar beliau.

Tegasnya, setiap permohonan usul akan melalui syarat ketat antaranya tempoh masa.

"Tak boleh esok nak bermesyuarat, hari ini baru nak masuk. Tak boleh,” katanya.

Keratan akhbar Sinar Harian pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai keputusan mesyuarat Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memulakan tindakan menggantung tugas Mohd Radzi.

Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin juga memaklumkan Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani berpendirian bahawa Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keengganannya mematuhi arahan speaker sewaktu sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dakwanya, Johari telah pun mengikut segala prosedur yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat pada Selasa, kecoh apabila Mohd Radzi bangkit meminta mengarahkan Anwar menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.

Mohd Radzi kemudian diarahkan Johari untuk keluar dewan kerana enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Susulan itu, kumpulan ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan majlis selepas tidak berpuas hati arahan tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca