KUALA LUMPUR - Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengeluarkan perintah pentadbiran harta pusaka orang Islam adalah melalui Perlembagaan Persekutuan. Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kamal Bashah Ahmad... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengeluarkan perintah pentadbiran harta pusaka orang Islam adalah melalui Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin bagaimanapun percaya, Mahkamah Syariah bersedia untuk meluaskan bidang kuasanya jika diberikan.

Menurutnya, bidang kuasa Mahkamah Syariah yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan ialah penentuan wasiat, hibah, wakaf dan nazar orang Islam yang akan menentukan sama ada harta tersebut harta si mati atau bukan bagi penentuan pusaka.

"Selain itu, penentuan waris si mati yang berhak kepada bahagian harta pusaka. Selepas ditentukan waris, bahagian-bahagian yang mereka berhak dan penentuan serta bahagian adalah dalam bentuk perintah faraid.

"Perintah faraid Mahkamah Syariah tersebut boleh diguna pakai oleh Mahkamah Tinggi, JKPTG (Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan), AmanahRaya Berhad dan badan-badan lain dalam mengeluarkan perintah pentadbiran harta pusaka,” katanya.

Tambah Kamal Bashah, di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 serta Akta Pusaka Kecil dan Pembahagian 1955 menyatakan Pentadbir Pusaka Kecil tidak mewajibkan untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam isu-isu yang melibatkan hukum syarak.

"Berdasarkan semua dapatan di atas, bidang kuasa dalam mengeluarkan Perintah Pentadbiran Harta Pusaka diberikan secara nyata dan melalui Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca