NEW YORK - Rupert Murdoch dilahirkan pada 11 Mac 1931 di Melbourne, Australia dan nama beliau sinonim dengan industri media global. Sepanjang beberapa dekad, Murdoch telah membina empayar media yang luas dan meninggalkan impak mendalam... Klik di sini untuk terus membaca

NEW YORK - Rupert Murdoch dilahirkan pada 11 Mac 1931 di Melbourne, Australia dan nama beliau sinonim dengan industri media global.

Sepanjang beberapa dekad, Murdoch telah membina empayar media yang luas dan meninggalkan impak mendalam terhadap cara berita dan hiburan dihasilkan, diedar dan digunakan di seluruh dunia.

Murdoch menguasai media UK dengan pengambilalihan The Sun pada 1969.
Murdoch menguasai media UK dengan pengambilalihan The Sun pada 1969.
Murdoch menguasai media UK dengan pengambilalihan The Sun pada 1969.
Murdoch menguasai media UK dengan pengambilalihan The Sun pada 1969.

Murdoch mempunyai pengaruh yang besar dalam landskap media dari akhbar sehinggalah ke televisyen, filem dan media digital.

Memiliki dwi kerakyatan Australia dan Amerika Syarikat (AS), Murdoch adalah pemilik saham utama, pengerusi dan pengarah urusan News Corporation (News Corp).

Bermula dengan surat khabar, majalah dan stesen televisyen di Australia, Murdoch mengembangkan perniagaan News Corp ke pasaran United Kingdom (UK), AS dan Asia.

Beliau kini menjadi pelabur utama dalam televisyen satelit, industri filem, internet dan media.

Menurut Forbes 400 (2007), Murdoch adalah warga AS ke-33 terkaya dengan nilai harta sebanyak AS$8.8 bilion (41.2 bilion).

Pada 2020, Forbes menganggarkan nilai bersih aset keluarga Murdoch berjumlah A$19 bilion (RM89 bilion).

KEHIDUPAN AWAL

Murdoch dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai tradisi akhbar yang kuat.

Bapanya, Sir Keith Murdoch, adalah seorang wartawan dan eksekutif akhbar terkemuka di Australia.

Pendedahan awal Murdoch kepada perniagaan akhbar meletakkan asas untuk beliau berjaya pada masa hadapan.

Pada tahun 1952, selepas menghadiri Kolej Worcester, Oxford, Murdoch kembali ke Australia dan menerajui sebuah akhbar kecil, Adelaide News.

Ini menandakan permulaan kerjaya medianya.

BINA EMPAYAR

Cita-cita Murdoch melangkaui Australia. Pada tahun 1969, beliau membeli akhbar British, News of the World, diikuti The Sun.Pengambilalihan ini menandakan permulaan empayar media antarabangsanya.

Tidak lama selepas itu, Murdoch membeli The Times dan The Sunday Times pada tahun 1981, sekali gus mengukuhkan kehadirannya dalam landskap media UK.

Penyertaan Murdoch ke dalam pasaran Amerika juga memberi kesan yang sama.

Pada tahun 1973, beliau mengambil alih New York Post dan kemudiannya membeli pegangan kawalan dalam 20th Century Fox, sebuah studio filem utama di Hollywood.

Murdoch kemudian menukar nama studio filem itu kepada 21st Century Fox.

Pada 1986, Murdoch mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia media global dengan pelancaran syarikat penyiaran Fox.

Rangkaian Fox menjadi pemain utama dalam televisyen AS dengan rancangan seperti The Simpsons dan The X-Files menjadi fenomena budaya pop.

PENGARUH POLITIK DAN KONTROVERSI

Salah satu media Murdoch paling berpengaruh ialah Fox News Channel yang dilancarkan pada tahun 1996.

Rangkaian itu dengan cepat dikenali kerana pendirian editorialnya yang konservatif dan condong berhaluan kanan, sekali gus menaikkan reputasinya sebagai pemain utama dalam membentuk wacana politik konservatif di AS.

Fox News telah dipuji kerana kejayaannya dan dikritik kerana didakwa berat sebelah dalam laporannya.

Syarikat dinaungi Murdoch bagaimanapun tidak terlepas dengan isu kontroversi.

Pada 2011, akhbar News of the World yang dimiliki oleh News Corporation, terlibat dalam skandal berhubung penggodaman telefon dan amalan kewartawanan yang tidak beretika.

Ini membawa kepada penutupan akhbar dan penelitian awam terhadap operasi media Murdoch.

Murdoch pernah mendirikan rumah tangga dengan Wendi Deng dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Selain itu, pengaruh Murdoch dalam politik dan media telah menimbulkan persoalan tentang pemilikan media dan kesannya terhadap pendapat umum.

Pengkritik berhujah bahawa saluran medianya sering mempromosikan agenda politik tertentu dan membentuk wacana awam dengan cara yang memihak kepada kepentingannya.

LEPAS JAWATAN PENGERUSI FOX

Baru-baru ini, Murdoch meletak jawatan sebagai pengerusi Fox dan News Corp selepas tujuh dekad bina empayar media paling berpengaruh dan kontroversi di dunia.

Murdoch, 92, akan menjadi pengerusi emeritus di kedua-dua syarikat itu berkuat kuasa pada mesyuarat lembaga November ini, menurut pengumuman Fox.

Anak sulungnya, Lachlan Murdoch akan menjadi pengerusi tunggal dan ketua pegawai eksekutif Fox.

Murdoch bergambar kenangan dengan ahli keluarganya selepas berkahwin dengan Jerry Hall pada 2016.
Murdoch bergambar kenangan dengan ahli keluarganya selepas berkahwin dengan Jerry Hall pada 2016.

Forbes menganggarkan nilai bersih aset keluarga Murdoch berjumlah AS$19 bilion (RM89 bilion) pada 2020, namun empayarnya mengalami beberapa siri tekanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada April, Fox terpaksa membayar AS$787 juta (RM3.68 bilion) untuk menyelesaikan tuntutan fitnah berkaitan liputan tuntutan palsu pada Pilihan Raya Presiden AS 2020, diikuti pemecatan hos paling popularnya Tucker Carlson - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca