SHAH ALAM - Makan di luar penting untuk memacu rantaian ekonomi domestik terutama membabitkan sektor makanan dan minuman (F&B) serta perniagaan penghantaran (p-hailing). Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Makan di luar penting untuk memacu rantaian ekonomi domestik terutama membabitkan sektor makanan dan minuman (F&B) serta perniagaan penghantaran (p-hailing).

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perbelanjaan makan di luar akan memastikan peniaga yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 dapat terus meraih pendapatan.

Mohd Afzanizam menjelaskan, ekonomi gig juga akan menerima impak buruk kerana konteks makan di luar ketika ini tidak terhad kepada perbuatan secara fizikal makan di luar atau membungkus makanan di kedai tetapi turut meliputi sektor ekonomi gig atau p-hailing.

Sebelum ini dilaporkan corak perbelanjaan makan di luar rumah menunjukkan peningkatan di mana rakyat Malaysia dilihat mampu berbelanja sehingga RM855 sebulan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2019.

Antara faktor yang mendorong perkara itu berlaku disebabkan faktor dasar pekerjaan, urbanisasi, perubahan gaya hidup di mana terdapat enam negeri yang memaparkan perbelanjaan makan di luar yang melebihi RM510 sebulan.

Putrajaya mencatatkan purata RM855, Kuala Lumpur (RM843), Selangor (RM725), Pulau Pinang (RM556), Johor (RM516) dan Melaka (RM512).

Memperincikan perkara itu, Mohd Afzanizam berkata, di peringkat rantaian ekonomi paling rendah umpamanya di pasar malam, ramai golongan rentan B40 dan M40 mendapat bantuan kerajaan seperti geran untuk menjalankan perniagaan.

"Oleh itu, kalau ramai tidak berbelanja makan di luar, bagaimana mereka mahu mendapatkan untung.

"Mereka juga perlu melunaskan semula hutang pembiayaan mikro yang diberikan kerajaan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca