SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mewajibkan penama bagi semua ahli untuk memudahkan proses pengurusan harta sekiranya berlaku kematian. Perunding kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, cadangan itu bermanfaat kepada... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mewajibkan penama bagi semua ahli untuk memudahkan proses pengurusan harta sekiranya berlaku kematian.

Perunding kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, cadangan itu bermanfaat kepada waris keluarga kerana dapat mengelakkan pergaduhan berhubung pembahagian harta si mati.

Ujar beliau, penama juga boleh dilakukan untuk harta dan aset lain seperti bank, tanah, rumah serta kereta.

"Perlu difahamkan penama itu pentadbir. Jadi kalau boleh, letak lebih daripada satu nama. Saya tidak nampak pendidikan (kesedaran) itu tidak dilakukan KWSP, suruh letak berapa penama,” katanya.

Shamsuddin

Ulas Shamsuddin, dari segi urusan aset seperti kereta pula, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga disaran memainkan peranan dengan meletakkan terus borang penama atau hibah untuk diisi kepada rakyat.

"Kenapa hendak membebankan rakyat dengan perkara-perkara tidak penting untuk pihak ketiga buat duit? Itu tidak perlu.

"Ada satu kes di Temerloh (tuntutan tanah pusaka) selesai 50 tahun selepas si mati meninggal dunia. Proses agihan harta itu jadi lambat apabila tiada yang proaktif,” ujarnya.

Katanya, terlampau sibuk dengan urusan kerja, tidak proaktif dan tiada persefahaman sesama waris antara faktor proses pengurusan harta menjadi sukar.

"Ada kes yang jadi lambat kerana masing-masing sibuk dengan kerja sama ada sektor kerajaan atau swasta, tambah pula yang ada KWSP atau pencen.

"Mereka tidak kisah adik-adik mereka yang memerlukan harta, itu yang saya nampak. Kalau masing-masing memerlukan harta, proses dia cepat sedikit,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca