SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan itu pada sesi Pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-69, bulan depan. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan itu pada sesi Pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-69, bulan depan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu yang akan menerajui kepimpinan berkenaan.

"Saya tidak pasti jawatan lain (tetapi) yang pastinya ialah saya tidak akan pertahankan jawatan Ketua Pemuda Pas bagi memberi laluan kepada muka baharu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mengenai tiga jawatan tertinggi Pas tidak dipertandingkan, Ahmad Fadhli juga tidak menolak kemungkinan tersebut.

"Saya juga jangka tiada pertandingan pada jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. Hanya pertandingan ahli jawatankuasa pusat.

"Walau apa pun, itu hanya jangkaan saya sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda tidak menolak kemungkinan akan mempertahankan jawatan ketua sayap Pemuda dalam pemilihan parti yang akan diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 pada hujung tahun ini, sekiranya masih diperlukan.

MOHD HASBIE MUDA

"Masih terlalu awal untuk membuat keputusan, tetapi saya bersedia mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Amanah sekiranya masih diperlukan.

"Jika hasrat dalam kalangan Pemuda (Amanah) mahu saya bertanding, maka saya bersedia dan tiada halangan,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca