PARIS - Ubat anti-Covid-19 yang digunakan secara meluas di seluruh dunia mungkin telah menyebabkan mutasi pada virus, namun belum ada bukti perubahan itu menjurus kepada wujudnya varian lebih merbahaya. Pil antivirus Molnupiravir keluaran... Klik di sini untuk terus membaca

PARIS - Ubat anti-Covid-19 yang digunakan secara meluas di seluruh dunia mungkin telah menyebabkan mutasi pada virus, namun belum ada bukti perubahan itu menjurus kepada wujudnya varian lebih merbahaya.

Pil antivirus Molnupiravir keluaran syarikat farmaseutikal Merck adalah antara rawatan terawal dilancarkan ketika pandemik bagi mencegah Covid-19 menjadi lebih teruk kepada golongan rentan.

Ubat yang diambil secara makan selama lima hari berfungsi mencipta mutasi dalam virus dengan matlamat untuk melemahkannya atau membunuhnya.

Kajian yang diketuai United Kingdom (UK) menunjukkan pil Molnupiravir boleh menimbulkan virus bermutasi dengan ketara yang kekal berdaya aktif, menurut pengarang utama, Theo Sanderson memberitahu AFP.

Sanderson, ahli genetik di Institut Francis Crick London telah menekankan bahawa tidak ada bukti bahawa Molnupiravir telah mencipta lebih banyak virus yang disebar lebih ganas.

Pil Molnupiravir yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19. - AFP

"Tiada satu daripada varian yang melanda dunia disebabkan ubat tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, ia agak sukar untuk diramalkan sama ada rawatan Molnuporavir berpotensi membawa kewujudan varian baharu yang tersebar luas di mana orang ramai tidak mempunyai imuniti sebelum ini.

-SH: TANDA-TANDA MUTASI

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, penyelidik menyaring pangkalan data lebih daripada 15 juta jujukan genom SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19.

Penyelidik menggunakan data ini mengesan perubahan bagaimana virus bermutasi dan mencari tanda-tandanya dalam pesakit yang mereka percaya ia dikaitkan dengan Molnupiravir.

Pada tahun 2022, akibat penggunaan ubat secara besar-besaran, terdapat peningkatan ketara terhadap pesakit yang mempunyai tanda mutasi ini.

Tanda-tanda itu lebih kerap ditemui di negara seperti Amerika Syarikat (AS), UK, Australia dan Jepun.

Tetapi negara yang tidak meluluskannya pil tersebut seperti Kanada dan Perancis didapati jarang berlaku mutasi ini.Namun, Merck menafikan kajian itu dengan mengatakan penyelidik bergantung 'keadaan berkaitan' antara tempat dan bila jujukan itu diambil.

"Penulis menganggap mutasi ini dikaitkan dengan penyebaran virus daripada pesakit yang dirawat gunakan Molnupiravir tanpa bukti yang didokumenkan mengenai penularan jangkitan itu,”kata Merck dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Sanderson menolak dakwaan berkenaan, dengan mengatakan penyelidik menggunakan 'beberapa bukti bebas untuk mengenal pasti dengan yakin bahawa Molnupiravir mendorong kehadiran mutasi ini'.

Tambahnya, ia termasuk analisis berasingan data rawatan di England, yang mendapati bahawa lebih 30 peratus insiden mutasi adalah orang didapati mengambil Molnupiravir.

Bagaimanapun kajian itu melaporkan hanya 0.04 peratus orang di England diberi ubat itu pada 2022.

Anderson berkata, ubat anti-Covid-19 lain tidak berfungsi dengan cara sama, jadi tidak akan menyebabkan mutasi seperti ini.

Syarikat farmaseutikal gergasi, Merck yang terletak di Summit, New Jersey, Amerika Syarikat. - AFP
Syarikat farmaseutikal gergasi, Merck yang terletak di Summit, New Jersey, Amerika Syarikat. - AFP
Syarikat farmaseutikal gergasi, Merck yang terletak di Summit, New Jersey, Amerika Syarikat. - AFP

TIDAK BERSETUJU

Pakar yang tidak terbabit dalam kajian itu nampaknya memihak kepada penyelidik British.

Ahli virologi di Universiti Leeds UK, Stephen Griffin, berkata ia adalah 'penyelidikan yang sangat penting dan dijalankan dengan baik.

Jonathan Ball, ahli virologi di Universiti Nottingham, berkata penyelidikan itu menunjukkan hubungan kuat antara Molnupiravir dan penyebaran genom yang sangat bermutasi sekali-sekala dan terhad.

Pakar menekankan bahawa Molnupiravir tidak berbahaya kepada orang yang sedang mengambil ubat itu.

Mereka juga tidak menggesa ubat itu dilarang sama sekali. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca