PUTRAJAYA - Benih padi MR253 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mampu meningkatkan hasil bendang sehingga lima kali tuaian setiap dua tahun. Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan, Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Benih padi MR253 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mampu meningkatkan hasil bendang sehingga lima kali tuaian setiap dua tahun.

Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan, Pusat penyelidikan Padi dan Beras, Dr Elixon Sunian @ Elixson Sulaiman berkata, meskipun kurang popular varieti yang diisytiharkan Mardi pada tahun 2010 itu mempunyai ciri tahan lasak, matang dalam tempoh 100 hari dan sesuai ditanam di kawasan tanah masam.

Elixon
Elixon
Elixon
Elixon
Elixon

"Varieti benih ini telah digunakan selama tiga musim di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) Barat Laut Selangor,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, varieti tersebut memberi pulangan hasil tuaian padi sehingga lapan tan bagi setiap hektar.

"Sasaran hasil yang baik adalah melebihi lapan tan per hektar supaya keuntungan pesawah dapat dioptimumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pengulas mengenai gesaan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) agar agensi itu mengeluarkan benih baharu yang mampu memendekkan tempoh tuaian daripada 115 hari kepada kurang tiga bulan.

Ujar Elixon, benih tersebut dijual kepada pesawah menerusi pembekal yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

"Mardi telah pun mendapat tempahan benih sah daripada pembekal untuk dijual kepada pesawah di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Mardi sedang menjalankan beberapa penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan varieti baharu selaras dengan perkembangan dunia.

"Sasaran kami adalah tempoh matang adalah sekitar 80 hingga 90 hari dan ia masih di peringkat awal R&D,” katanya.

Tambah beliau, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut akan menggunakan varieti benih sama dengan keluasan 213 hektar melibatkan 195 pesawah pada musim depan.

Klik di sini untuk terus membaca