KUANTAN - Kerajaan Pahang memerlukan peruntukan lebih besar dalam sektor pelancongan, kesihatan awam dan projek pembangunan luar bandar bagi merancakkan ekonomi serta memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini. Exco Perpaduan,... Klik di sini untuk terus membaca

KUANTAN - Kerajaan Pahang memerlukan peruntukan lebih besar dalam sektor pelancongan, kesihatan awam dan projek pembangunan luar bandar bagi merancakkan ekonomi serta memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, sektor pelancongan memerlukan peruntukan tinggi bagi membolehkan kerajaan negeri membangunkan produk tumpuan bertaraf dunia.

Menurutnya, terdapat beberapa produk pelancongan yang berpotensi dibangunkan selain Taman Negara, Pulau Tioman dan Cameron Highlands.

"Kita mahu bangunkan produk pelancongan bertaraf antarabangsa seperti Merapoh dan kalau boleh kita juga ingin merancakkan lagi pelancong di Tasik Bera serta Tasik Chini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang itu memaklumkan, Pahang juga memerlukan peruntukan bagi menjalankan promosi penganjuran acara bertaraf antarabangsa.

"Saya percaya produk pelancongan di Pahang juga akan dimasukkan dalam kalender kempen Visit Malaysia. Jadi kita perlu dapat lebih bajet daripada Kerajaan Persekutuan untuk membuat persediaan dari segi infrastruktur, aksesibiliti dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yu Man mewakili Kerajaan Pahang berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyalurkan sejumlah peruntukan pada belanjawan tahun lalu dalam menangani isu kesesakan di Cameron Highlands.

Sementara itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berharap kerajaan dapat terus menyalurkan peruntukan sewajarnya bagi keperluan kesihatan di negeri itu.

Malah, beliau juga mahu kerajaan memberi perhatian terdapat projek pembangunan luar bandar seperti penyelenggaraan jalan persekutuan, lampu jalan dan sebagainya.

Tumpu projek pembangunan, jalan

Sementera itu, keutamaan perlu diberikan dalam usaha menaik taraf dan menyelenggara kemudahan jalan raya dan infrastruktur di negeri ini menjelang Belanjawan 2024,

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Menurutnya, berkata, peruntukan mencukupi diperlukan untuk mengatasi kesesakan trafik yang berlaku di bandar selain infrastruktur lampu jalan.

"Bajet kali ini diharap ada peruntukan penambahbaikan jalan raya untuk keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya termasuklah pemasangan lampu jalan.

"Lampu jalan di kawasan jalan negeri dan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dipastikan berfungsi kerana ia dapat meningkatkan keselamatan dan mengelakkan kemalangan,” katanya.

Mohamad Fazli berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada usaha menyelesaikan dan memastikan tiada lagi projek sakit di negeri ini.

Klik di sini untuk terus membaca