SHAH ALAM - Biarpun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak mampu menukar status quo kerajaan negeri Pahang dan Persekutuan, namun ia menjadi indikator penting mengukur sejauh mana sokongan orang Melayu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Biarpun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak mampu menukar status quo kerajaan negeri Pahang dan Persekutuan, namun ia menjadi indikator penting mengukur sejauh mana sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, jika calon BN, Datuk Amizar Abu Adam tewas, ia akan menunjukkan defisit sokongan orang Melayu terhadap UMNO kini semakin meruncing dan menghilang kerana DUN Pelangai adalah antara kubu kuat parti itu di Pahang sebelum ini.

Katanya, kekalahan itu juga boleh mempengaruhi psikologi dan keyakinan kepimpinan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pun Ahli Parlimen BN untuk kekal mempertahankan parti dalam keadaan kerusi majoriti Melayu seperti Pelangai terlepas daripada UMNO ke tangan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Hisomuddin berkata, ketika ini, di atas kertas Amizar masih boleh menang kerana majoriti pengundi terutama peneroka Felda adalah penyokong setia BN, manakala jentera Pas pula belum mampu menembusi kubu kuat UMNO.

Oleh itu, Hisomuddin berkata, BN yang mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH) kini berada di zon selesa dan mempunyai kelebihan untuk menang berbanding calon PN dan wakil Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Hisommudin
Hisommudin
Hisommudin

"Namun, saya tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan pola sokongan atau gelombang hijau daripada segmen anak muda dan pengundi luar yang sebelum ini berpihak kepada PN di saat akhir menjelang hari pengundian nanti.

"Bagaimanapun, gelombang hijau itu belum cukup kuat untuk membantu calon PN, Cikgu Kasim (Kasim Samat) melepasi garisan kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Premium.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pahang, Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata, BN dan PN mempunyai peluang sama rata dalam PRK Pelangai pada ketika ini.

Che Hamdan
Che Hamdan
Che Hamdan

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan BN atau PN akan menang dengan majoriti tipis bergantung kepada jumlah peratusan keluar mengundi nanti.

Namun katanya, nasib BN mungkin berubah jika kerajaan gagal memberi penjelasan berhubung pelbagai isu semasa termasuk kenaikan kos sara hidup, harga barang dan ketiadaan bekalan beras di pasaran tempatan.

"Jika BN kalah maka ia menunjukkan gelombang hijau bukan hanya bertambah kuat di negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah sahaja, malah berterusan dan kini merebak ke negeri lain termasuk Pahang.

"Biarpun, kemenangan PN itu tidak akan menjejaskan status quo kerajaan negeri kerana BN masih menguasai 16 kerusi DUN, PH (lapan) dan 17 lagi kerusi DUN disandang oleh wakil pembangkang, namun boleh mencalarkan imej Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Che Hamdan juga melihat PN kini mendahului kempen PRK Pelangai kerana jentera mereka lebih berkesan berbanding BN yang lebih banyak bertahan dan terpaksa menjawab pelbagai isu dibangkitkan pembangkang terutama berkaitan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meruncing sekarang.

Ujarnya, jentera BN juga terpaksa menjawab persoalan dibangkitkan penduduk dan pengundi mengenai sebab bekas Menteri Besar tidak membangunkan kawasan DUN Pelangai semasa menjadi wakil rakyat di situ suatu ketika dulu.

"Kita juga boleh dilihat isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup, peningkatan harga barang dan ketiadaan bekalan beras bijak dimainkan oleh pemimpin PN sebagai isu setempat,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca