KALAU peniaga kena caj transaksi DuitNow, ke mana kesannya kalau bukan pengguna atau rakyat?
Peniaga bakal dikenakan caj sekitar 0.25 peratus daripada jumlah transaksi bulanan. Nampaknya kecil tapi jumlah keseluruhannya besar. Bebannya pada siapa kalau bukan pada rakyat?
Awang sokong sangat Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kata, bayaran transaksi melalui aplikasi QR DuitNow akan bebankan peniaga kecil.
Awang juga setuju pandangan persatuan pengguna yang anggap kesan caj itu akan berantai. Mereka berpendapat peniaga akan memindahkan kos itu pada rakyat.
Memang patut pun pengguna risau harga jualan akan naik.
Memanglah cadangan guna DuitNow itu baik. Bagus sangatlah kita nak wujudkan masyarakat tanpa guna duit (cashless society).
Memang itu cadangan Bank Negara bagi mudahkan sistem bayaran untuk rakyat.
Lagipun Paynet milik Bank Negara dan bank-bank besar di negara ini.
Awang harap sangat nak buat apa pun janganlah bebankan rakyat. Rakyat dah cukup terbeban dengan kos hidup yang tinggi. Akhir-akhir ini, sibuk hal beras tempatan hilang dari pasaran pula.
Kalau Bank Negara dan semua pemegang saham PayNet yang lain serapkan kos untuk bantu rakyat, alangkah baiknya!
Klik di sini untuk terus membaca