AWANG sokong sangat kalau Tuk Seri Perdana Menteri (PM10) nak buat rombakan kabinet. Pada pendapat Awang, buatlah secara besar-besaran dan menyeluruh. Buatlah perubahan termasuk yang melibatkan menteri-menteri dari parti beliau sendiri.... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sokong sangat kalau Tuk Seri Perdana Menteri (PM10) nak buat rombakan kabinet.

Pada pendapat Awang, buatlah secara besar-besaran dan menyeluruh. Buatlah perubahan termasuk yang melibatkan menteri-menteri dari parti beliau sendiri.

Memang ada prestasi menteri yang kata orang putih not up to standard. Banyaklah masalah yang patut boleh selesai cara mudah jadi susah. Soal komunikasi dengan rakyat lemah. Ini diakui oleh PM10 dalam satu dialog dengan pelajar.

Soalnya, PM10 tak boleh anggap ini perkara yang dia kena ‘fikir-fikir’. Dia kena bertindak segera.

Cakap jujur, ada kementerian yang tak perlu macam Kementerian Ekonomi. Ada kementerian yang perlu macam Kementerian Wilayah Persekutuan tapi ditiadakan.

PM10 kena lantik Menteri Kewangan yang lain atau Menteri Kewangan II kalau beliau nak pegang jawatan itu. Dia tak boleh nak buat semua perkara. Dia pun janji dulu nak elak daripada kecaman rakyat.

Oleh sebab Bossku jadi Menteri Kewangan, selain PM timbullah skandal 1MDB. Ini bukan Awang kata, ia kempen Pakatan Harapan masa pilihan raya umum yang lepas.

Rakyat tuntut janji. Banyak reform yang hanya tinggal janji.

PM10 ada masa empat tahun lagi. Dengan situasi rakyat makin gelisah dan ekonomi tak berubah, PM10 kenalah bertindak segera.

Klik di sini untuk terus membaca