KEPALA BATAS - Golongan peniaga mengakui tertekan dengan kos barangan yang semakin mahal sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan perniagaan mereka terkesan.
Peniaga nasi lemak, Che Hayanayazi Abu Bakar berkata, kenaikan harga bukan saja berlaku terhadap satu atau dua jenis barang, malah hampir kebanyakan barang keperluan.
Menurutnya, perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam pembentangan bajet akan datang termasuk mencari jalan terbaik untuk membantu golongan peniaga kecil sepertinya.
"Jika saya naikkan harga makanan, pelanggan tidak boleh terima tetapi jika harga kekal pula apa yang akan saya dapat,” katanya.
Bagi peniaga minuman, Hanina Osman, 37, hanya mengharapkan kerajaan dapat mengawal harga barangan agar tidak terus naik hingga membebankan bukan sahaja golongan peniaga tetapi rakyat biasa.
Jelasnya, sekiranya harga barangan dan kos sara hidup semakin tinggi menyebabkan orang ramai tidak mahu untuk berbelanja di luar dan akhirnya akan memberi kesan kepada peniaga.
Klik di sini untuk terus membaca