PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada Rabu. Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada... Klik di sini untuk terus membaca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada Rabu.

Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada kaitan dengan rombakan kabinet.

"Tadi saya mengadap Tuanku untuk bincang (mesyuarat mingguan) kabinet esok dan tiada kaitan dengan perubahan jemaah menteri.

"Lepas (mesyuarat mingguan kabinet) esok saya (bertolak) ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi," katanya.

Beliau berkata demikian mengenai kemungkinan rombakan kabinet selepas khabar angin berkenaan perkara itu semakin hangat diperkatakan.

Sumber rapat dengan Putrajaya sebelum itu memaklumkan sebuah portal berita tempatan bahawa pengumuman penting itu akan dilaksanakan Perdana Menteri ke-10 (PMX) sebelum beliau berlepas ke Abu Dhabi pada Khamis.

Jelas sumber kepada portal itu, ia turut melibatkan beberapa portfolio dan kementerian kanan, antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sumber itu dilaporkan turut mendakwa dua portfolio menteri penuh juga bakal diberi kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dengan perkara itu akan turut diumumkan pada Rabu.

Wee Ka Siong, M Saravanan

Terdahulu, Sinar Premium melaporkan sumber terdekat dengan seorang menteri BN memaklumkan terdapat kemungkinan berlaku pertukaran portfolio kementerian di antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu rombakan kabinet yang dijangka dilaksanakan Anwar kelak.

Dengan kembalinya Ahmad Zahid menerajui Menteri Dalam Negeri, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka bakal mengambil alih Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang sebelum ini dipegang Presiden UMNO itu.

Sementara itu seorang pegawai kanan menteri DAP mendedahkan sekiranya berlaku rombakan kabinet ia hanya melibatkan pelantikan dua menteri sahaja dan bukan secara besar-besaran.

Pegawai Tugas-tugas Khas (Operasi) Menteri Sumber Manusia, Diccam Lourdes berkata, cadangan lantikan calon menteri bagi mengisi kekosongan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan keputusan mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan sememangnya telah dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet minggu lalu.

Berikutan itu, beliau menjelaskan Anwar telah meminta semua parti dalam Kerajaan Perpaduan menyenaraikan nama calon sesuai daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkannya.

"Saya difahamkan senarai calon untuk mengisi jawatan Menteri KPDN dan Menteri Wilayah Persekutuan baharu sudah dikenal pasti dan dipersetujui Perdana Menteri dengan senarai nama itu kemudiannya dipersembahkan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong pada petang ini (Selasa).

"Nama (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Johari Abdul Ghani antara disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, manakala calon mengisi kekosongan di KPDN dijangka dari Parti Amanah Negara (Amanah).

"Justeru, berdasarkan maklumat kami ada, besar kemungkinan Perdana Menteri akan mengumumkan pelantikan dua menteri baharu sahaja bagi melengkapkan barisan kabinet sedia ada, bukannya buat rombakan besar-besaran," katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Laporan spekulasi rombakan kabinet dua minggu lalu.
Laporan spekulasi rombakan kabinet dua minggu lalu.

PRESTASI BAIK

Mengulas lanjut, Diccam menegaskan V Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.

Jelasnya, Sivakumar sehingga kini tidak pernah dipanggil PMX atau Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi membincangkan kedudukan beliau dalam barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.
Sivakumar dijangka terus kekal menerajui Kementerian Sumber Manusia, meskipun terdapat spekulasi bertiup kencang Ahli Parlimen DAP itu bakal digugurkan.

"Bahkan Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri sendiri mengesahkan prestasi keempat-empat menteri DAP sangat baik termasuk Sivakumar dalam satu ucapan umum sebelum ini.

"Kalau spekulasi pengguguran beliau dikaitkan dengan kes salah laku rasuah melibatkan lima bekas pegawainya yang disiasat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Sivakumar memberikan kerjasama dengan baik dan komited menamatkan kontrak kesemua tertuduh.

"Bagi saya, sumber dalaman kerajaan yang menyebarkan berita rombakan kabinet ini berkemungkinan terdiri daripada mereka yang kempunan dilantik menteri sebelum ini dan berusaha menyampaikan berita palsu untuk melobi kedudukan dalam kerajaan," tegasnya.

Ahmad Zahid

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim menegaskan kedudukan Saifuddin selaku Menteri Dalam Negeri dijangka tidak terjejas meskipun ada pihak menyebarkan dakwaan beliau bakal ditukarkan ke kementerian lain.

Jelasnya, sehingga hari ini Saifuddin sendiri tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dengan bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu masih menjalankan kerja kementerian seperti biasa.

"Setakat pengetahuan saya, Saifuddin diyakini akan kekal sebagai Menteri KDN. Sama ada berlaku rombakan kabinet atau tidak, itu bidang kuasa PMX.

"Saifuddin sendiri tidak beritahu apa-apa mengenai kedudukan beliau kepada saya. Malahan kami masih menjalankan kerja kementerian seperti biasa,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu.

Dalam pada itu, sumber terdekat kepada seorang pemimpin kanan BN memaklumkan satu pertemuan tertutup di antara Presiden UMNO dengan pucuk kepimpinan kanan dan barisan menteri BN bakal diadakan pada sebelah malam, di satu lokasi dirahsiakan.

"Besar kemungkinan (rombakan kabinet). Ya terdapat kemungkinan Presiden UMNO akan kembali menerajui KDN dan Saifuddin akan mengambil alih KKDW yang dikosongkan Ahmad Zahid kelak.

"Ada juga ura-ura wakil daripada MIC dan MCA bakal diberikan peranan menteri. Segalanya bergantung kepada budi bicara PMX. Kita tunggu sahaja pengumuman selepas ini,” ujarnya.

Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan sewaktu dihubungi menegaskan sebarang keputusan rombakan kabinet oleh Anwar adalah hak prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.

"Jadi, saya tidak campur hal-hal berkaitan rombakan kabinet. Biarlah PMX menentukan sama ada hendak buat rombakan kecil atau besar, pada hari ini, esok atau tahun hadapan. Itu adalah hak Perdana Menteri,” jelasnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chang Foon Hin daripada DAP pula memaklumkan beliau tidak terlibat dalam sebarang perbincangan rombakan kabinet, sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan atau dalaman parti.

"Perkara ini juga tidak pernah dibincangkan secara langsung dalam mesyuarat dalaman DAP,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca