BEGITULAH beraninya scammer hari ini. Tak kira siapa nak dijadikan mangsa. Dalam kes terbaru, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat sahkan dia jadi sasaran mereka. Menurut Kamarul Zaman, sindiket itu bukan sahaja tahu nombor... Klik di sini untuk terus membaca

BEGITULAH beraninya scammer hari ini. Tak kira siapa nak dijadikan mangsa.

Dalam kes terbaru, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat sahkan dia jadi sasaran mereka.

Menurut Kamarul Zaman, sindiket itu bukan sahaja tahu nombor telefonnya tetapi juga alamat tempat tinggal. Mujurlah beliau sedar taktik scammer itu.

Tapi bagaimana nasib rakyat terbanyak yang tak tahu bahawa mereka jadi sasaran?

Beliau juga ada menyebutkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) merekodkan sebanyak 3,185 kes dari Januari hingga September tahun ini. Itu kes yang dilaporkan.

Awang percaya ramai lagi yang ‘terkena’ tetapi malas nak lapor.

Awang rasa pelik, bagaimanakah maklumat peribadi boleh sampai pada mereka. Memang dalam dunia hari ini, begitu mudah nak dapat maklumat.

Awang yakin ada pihak yang jual maklumat peribadi pada sindiket ini.

Tak bolehkah disiasat ke akar umbi, siapa jual maklumat? Kita kan dah ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Ada pula Jabatan Perlindungan Data Peribadi diwujudkan.

Tapi mengapakah data peribadi jadi produk jual beli dan digunakan oleh scammer untuk tujuan menipu dan buat untung?

Klik di sini untuk terus membaca