KADANG-KADANG Awang rasa pelik, cadangan yang nak dibuat oleh kementerian tertentu.
Contohnya cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang nak perkenal pengenalan diri (ID) untuk subsidi minyak.
Macam tak ada kerja lain, nak tambah beban dan birokrasi. Awang rasa, negara-negara komunis yang dulu pakai ID untuk beli barang pun dah buang cara itu. Tiba-tiba KPDN nak perkenal kad subsidi pula.
Awang nak bayangkan macam mana kad itu boleh berkesan.
Pertamanya, kos mengeluarkan kad.
Keduanya, kos pentadbiran kad.
Ketiganya, kad subsidi seperti itu mudah disalah gunakan.
Keempat, apakah kad seperti itu boleh menyelesaikan masalah semasa?
Nak pastikan siapa yang layak dapat kad pun dah satu masalah.
Soalnya ialah pastikan minyak masak ada di pasaran. Rakyat boleh beli dengan mudah.
Siasatlah macam mana minyak masak peket boleh hilang dari pasaran. Macam juga beras tempatan hilang dari rak.
Patutnya KPDN bekerja keras untuk pastikan bekalan, bukan nak tambah kerja yang bukan kerja.
Awang harap pihak KPDN tentukan keutamaan.
Pertama, barang keperluan ada.
Kedua, pastikan mekanisme subsidi bersasar yang dirancang.
Tak usahlah nak pikul beban baharu sedangkan beban sedia ada tak terpikul.
Klik di sini untuk terus membaca