MALAYSIA akan menerima kunjungan delegasi pelbagai negara sempena Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober ini. Peserta dari negara seperti Belgium, Korea Selatan, Norway, Indonesia,... Klik di sini untuk terus membaca

MALAYSIA akan menerima kunjungan delegasi pelbagai negara sempena Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Peserta dari negara seperti Belgium, Korea Selatan, Norway, Indonesia, India, Tukiye dan Jerman bakal menyertai acara anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu.

Dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), forum tersebut akan disertai pelbagai agensi kerajaan melibatkan organisasi antarabangsa, institusi penyelidikan dan pihak berkepentingan sektor swasta yang sentiasa komited untuk memajukan pekerjaan awam serta pembangunan tenaga kerja.

Ikuti wawancara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO yang juga Presiden ISSA, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mengenai IPEF 2023.

SINAR HARIAN: Apakah objektif utama penganjuran IPEF 2023?

MOHAMMED AZMAN: Objektif di sebalik penganjuran forum ini adalah untuk memudahkan platform bagi pertukaran pengetahuan, mempromosikan pekerjaan, kerjasama dan inovasi bagi menangani cabaran pasaran buruh.

Peserta akan didedahkan dengan pandangan-pandangan baharu dan konstraktif yang akan memberi kesan dalam pembangunan tenaga kerja, pelaksanaan dasar dan peningkatan kemahiran.

Cerapan ini boleh disesuaikan dalam organisasi mereka untuk membina tenaga kerja yang lebih berdaya tahan sekali gus mampu menyumbang kepada kejayaan dan kebolehsuaian mereka.

Forum ini juga akan memberi tumpuan kepada perbincangan dan inisiatif berkaitan latihan pembangunan kemahiran untuk melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan.

SINAR HARIAN: Bagaimana pula dengan peranan yang akan dimainkan oleh PERKESO?

MOHAMMED AZMAN: Sebagai organisasi yang bertanggungjawab di bidang keselamatan sosial, PERKESO akan menggunakan platform ini untuk mempromosikan amalan terbaik dalam pasaran buruh di Malaysia ke mata dunia.

MOHAMMED AZMAN
MOHAMMED AZMAN
MOHAMMED AZMAN

Ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menggalakkan pekerjaan yang mampan, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan tenaga kerja. Matlamat ini merupakan keutamaan untuk kemajuan dalam bidang keselamatan sosial di negara ini.

Apakah nilai tambah atau impak yang akan dibawa oleh penceramah utama dan ahli panel dalam forum tersebut?IPEF adalah forum perkhidmatan pekerjaan yang memberikan anjakan paradigma kepada majikan dari aspek kelangsungan pengoperasian dan penstrukturan pasaran buruh.

Penceramah dan ahli panel utama kali ini sememangnya terdiri daripada pakarpakar yang terkenal dalam ekonomi pasaran buruh. Mereka adalah intelektual berkaitan dasar-dasar awam dan pembangunan tenaga kerja di negara mereka.

Mereka akan berkongsi kepelbagaian pengalaman dan pandangan untuk memupuk perbincangan bermakna dan memberi fokus kepada memperkukuh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), menyesuaikan diri dengan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta memperkasakan kumpulan terpinggir dalam tenaga kerja.

Pengembangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga akan diberi perhatian yang serius dalam meningkatkan pertumbuhan kumpulan sasaran sebagaimana dihasratkan.

SINAR HARIAN: Bagaimanakah forum ini secara aktif mampu membantu ke arah menangani cabaran pasaran buruh?

MOHAMMED AZMAN: Strategi yang komprehensif dengan melibatkan diri dalam penyelidikan dan analisis yang teliti untuk mengenal pasti isu-isu buruh merupakan fokus utama.

Dalam usaha menangani cabaran pasaran buruh ini, kami juga akan bekerjasama rapat dengan pembuat dasar bagi membangunkan penyelesaian berasaskan bukti dan memudahkan kempen kesedaran awam untuk makluman seterusnya memperkasakan individu.

Dalam memastikan kebolehaksesan, penemuan kami akan dikongsi melalui pelbagai saluran, termasuk platform dalam talian dan penerbitan kepada orang ramai.

Selain itu, kami secara aktif bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan berkongsi amalan terbaik untuk memupuk usaha global dalam memerangi cabaran pasaran buruh.

SINAR HARIAN: Bagaimanakah Datuk Seri melihat kerjasama ini mampu menyumbang kepada misi forum untuk memerangi cabaran pasaran buruh dan memajukan penyelesaian dalam bidang ini?

MOHAMMED AZMAN: Forum IPEF 2023 menghargai kerjasamanya dengan organisasi antarabangsa, seperti ISSA dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Perkongsian ini membolehkan kami mengakses dasar yang lebih baik, kepakaran yang tidak ternilai, sumber dan data tentang cabaran pasaran buruh di seluruh dunia.

Sebagai Presiden ISSA, saya ingin melihat melalui kerjasama ini, kami boleh menyelaraskan strategi dengan amalan terbaik global, seterusnya menyumbang kepada usaha antarabangsa dalam menangani isu pasaran buruh.

Ini termasuk berkongsi penemuan penyelidikan, mengambil bahagian dalam inisiatif-inisiatif bersama dan kemudiannya membangunkan penyelesaian inovatif secara bersama.

Secara positif, saya melihat kesemua ini akan mampu mengukuhkan misi kami untuk berhadapan dengan cabaran dalam pasaran buruh dengan lebih berkesan.

Mohammed Azman menunjukkan risalah berhubung Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Mohammed Azman menunjukkan risalah berhubung Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Mohammed Azman menunjukkan risalah berhubung Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober ini.

SINAR HARIAN: Dalam dunia pasca pandemik, bagaimanakah daya tahan tenaga kerja menyumbang kepada kejayaan dan inovasi perniagaan, serta bagaimanakah forum ini akan meneroka korelasi tersebut?

MOHAMMED AZMAN: Ketahanan tenaga kerja adalah penting dalam dunia pasca pandemik. Sudah semestinya IPEF 2023 akan meneroka korelasi antara daya tahan, kejayaan perniagaan dan inovasi melalui perbincangan yang diketuai pakar, kajian kes dan sesi interaktif.

Dengan mengambil kira kaedah kerja yang berjaya disesuaikan oleh organisasi dalam norma kerja baharu, kita positif ia akan menyumbang dengan lebih jauh lagi.

SINAR HARIAN: Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi dalam memupuk tenaga kerja yang berdaya tahan dalam pasaran buruh yang pantas berubah?

MOHAMMED AZMAN: Cabaran utama bagi organisasi dalam memupuk tenaga kerja yang berdaya tahan ialah jurang kemahiran, perubahan teknologi yang pantas, pergantungan kepada pekerja asing dan menyesuaikan diri dengan kerja jauh.

Forum ini akan membincangkan cabaran ini dan mencadangkan strategi untuk menanganinya. PERKESO telah mempunyai portal pekerjaan sendiri (MYFUTUREJOB) yang berfungsi dua arah dan telah berjaya menyediakan penempatan kerja kepada ramai pencari kerja sebelum dan selepas Covid-19.

SINAR HARIAN: Siapakah khalayak sasaran IPEF 2023?

MOHAMMED AZMAN: Ketua pegawai eksekutif, pemimpin perniagaan, profesional HR, pembuat polisi buruh, ahli akademik dan orang ramai. Mereka yang menyertai forum ini layak mendapat geran kewangan HRDC dan boleh mendaftar melalui https://ipef2023.perkeso.gov.my/.

SINAR HARIAN: Bagaimanakah IPEF mampu menyokong pertumbuhan pembangunan tenaga kerja di negara kita dan memberi manfaat kepada sektor TVET?

MOHAMMED AZMAN: IPEF 2023 boleh menyokong pembangunan tenaga kerja dengan memupuk kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Ini termasuk berkongsi pengetahuan, menambah baik sektor tertentu yang mendapat permintaan, mempromosi dan berkongsi amalan terbaik yang memberi manfaat kepada sektor TVET termasuk pembangunan tenaga kerja keseluruhan.

Klik di sini untuk terus membaca