MAHU cari kerja, hendak pulang beraya dan lawat keluarga menjadi alasan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membayar sehingga RM2,000 kepada sindiket untuk masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan laut. PATI ini juga sanggup... Klik di sini untuk terus membaca

MAHU cari kerja, hendak pulang beraya dan lawat keluarga menjadi alasan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membayar sehingga RM2,000 kepada sindiket untuk masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan laut.

PATI ini juga sanggup bersesak di dalam bot yang bermuatan kecil hingga berhari-hari biarpun tanpa bekalan makanan.

Lebih mengejutkan, mereka rela berdepan ombak laut yang kuat selain kondisi bot kayu yang merisikokan untuk karam.

Sebuah bot nelayan yang dirampas polis selepas digunakan sindiket untuk menyeludup PATI.

Selepas pembayaran dibuat kepada ejen sindiket, mereka akan diuruskan oleh tekong laut hingga ke pesisiran pantai Malaysia mengikut lokasi yang ditetapkan serta dipantau oleh tonto.

Tekong darat akan menguruskan PATI yang tiba dan dibawa ke rumah penampungan (rumah transit) untuk sementara waktu sebelum diuruskan oleh rangkaian sindiket termasuklah transporter.

Ini modus operandi sindiket yang dikenal pasti Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil penahanan sindiket Geng Husin Maungdaw, Geng Halim dan Geng Otong.

Fadil
Fadil
Fadil
Fadil
Fadil

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom JSJ Bukit Aman , Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, modus operandi kemasukan PATI ini akan diuruskan oleh ejen sindiket di Indonesia.

Menurutnya, ejen ini memainkan peranan mencari dan mengumpulkan PATI yang akan keluar dan masuk ke Malaysia melalui jalan laut dengan kadar bayaran sekitar RM1,500 hingga RM2,000 seorang.

"Ejen di Malaysia akan mengaturkan dan mengumpulkan PATI yang akan keluar di satu kawasan dan ditempatkan rumah transit sementara menunggu bot sampai dari Indonesia.

"Ejen sindiket di Malaysia akan kenakan kos bayaran termasuk makan minum, kos pengangkutan darat dan sebagainya kepada setiap orang migran.

"Polis percaya ramai ejen di Indonesia yang menyediakan dan menawarkan urusan kemasukan PATI masuk melalui jalan laut," katanya eksklusif kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sindiket ini turut melibatkan peranan warga tempatan sebagai pemilik bot, tekong, tonto mahupun pemandu e-hailing.

Antara PATI yang ditahan polis menerusi pelbagai siri operasi.
Antara PATI yang ditahan polis menerusi pelbagai siri operasi.
Antara PATI yang ditahan polis menerusi pelbagai siri operasi.
Antara PATI yang ditahan polis menerusi pelbagai siri operasi.

Katanya, ejen sindiket akan membayar upah kepada tekong atau pemilik bot sebanyak RM500 hingga RM1,000, manakala tonto boleh dibayar sehingga RM400.

"Antara modus operandi yang dikesan ialah PATI ini sanggup tinggal dan bekerja di atas bot nelayan sehingga tujuh hari di sempadan perairan negara sebelum mendarat.

"PATI yang dibawa masuk ini diarahkan bekerja di bot nelayan semata mahu mengaburi mata pihak berkuasa sebelum diagihkan ke bot nelayan tempatan dalam jumlah yang kecil atau bergantung kepada saiz bot.

"Selepas mendarat, pihak sindiket akan mengatur pengangkutan di darat menggunakan khidmat e-hailing atau lori bonded bagi membawa PATI terbabit ke lokasi yang ditetapkan," ujarnya.

Mengulas lanjut, sejak tahun lalu hingga tahun ini, seramai 806 individu yang berperanan sebagai ejen, tekong dan transporter berjaya diberkas.

"Pada tahun 2022, seramai 496 orang ditahan membabitkan 353 warga tempatan, Indonesia (79), Myanmar (43), Bangladesh (10), Filipina (5), Thailand (4), Kemboja (1) dan Pakistan (1).

"Bagi tahun ini setakat 31 Julai, seramai 310 individu ditangkap termasuk 184 warga tempatan, manakala selebihnya Indonesia (79), Myanmar (25), Bangladesh (1), Filipina (3), Thailand (7), Kemboja (3), India (3), Jordan (2), Yemen (2) dan Pakistan (1)," ujarnya.

Polis mengesan sebuah bot di kawasan bakau yang membawa PATI.
Polis mengesan sebuah bot di kawasan bakau yang membawa PATI.
Polis mengesan sebuah bot di kawasan bakau yang membawa PATI.
Polis mengesan sebuah bot di kawasan bakau yang membawa PATI.

Tambah Fadil, pada tahun 2020, pihaknya berjaya menumpaskan tiga kumpulan jenayah terancang bagi jenayah penyeludupan migran iaitu di Pulau Pinang melibatkan Geng Husin Maungdaw, di Perak (Geng Halim) dan Johor (Geng Otong).

"Bagi kesemua kes tersebut, PDRM telah berjaya menangkap 111 individu dan daripada jumlah itu seramai 80 individu telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang jika disabitkan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun," katanya.

Ujar beliau, polis percaya sindiket menjadikan jenayah penyeludupan ini sebagai punca pendapatan utama.

"Mereka (suspek) beranggapan ini 'wang mudah' dan kita tidak tolak kemungkinan dalang sindiket ini berselindung dengan perniagaan yang sah bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Menurut beliau, berdasarkan statistik tangkapan, lokasi panas pendaratan PATI tertumpu di pesisiran pantai Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Keadaan PATI dalam sebuah bot yang dibawa masuk sindiket ke Malaysia.
Keadaan PATI dalam sebuah bot yang dibawa masuk sindiket ke Malaysia.
Keadaan PATI dalam sebuah bot yang dibawa masuk sindiket ke Malaysia.

5,534 PATI DITAHAN

Fadil berkata, statistik tangkapan PATI sejak tahun lalu hingga Julai ini merekodkan 5,534 orang iaitu 4,096 lelaki serta 1,438 wanita.

"Daripada jumlah itu, warga Myanmar paling tinggi iaitu 3,097 orang diikuti Indonesia (2,107), Bangladesh (95), Kemboja (89), Filipina (76) dan Thailand (24).

"Selebihnya membabitkan warga China (13), India (20), Pakistan (7), Uganda (4), Zimbabwe (1) dan Kenya (1)," ujarnya.

Jelasnya, antara alasan utama PATI ini mahu masuk ke Malaysia ialah atas faktor kerja.

"Ketika penahanan dilakukan, ada cubaan PATI atau tekong ini yang hendak melarikan diri, namun gagal apabila tindakan pantas polis berjaya membuat tangkapan.

Antara laluan yang pernah digunakan PATI selepas mendarat di pesisiran pantai di sekitar Selangor.
Antara laluan yang pernah digunakan PATI selepas mendarat di pesisiran pantai di sekitar Selangor.
Antara laluan yang pernah digunakan PATI selepas mendarat di pesisiran pantai di sekitar Selangor.

"PATI yang hendak pulang ke negara asal biasanya memberi alasan mahu lawat keluarga, pulang beraya serta wang telah cukup," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan jumlah tangkapan ini, polis percaya sindiket telah mengaut jumlah lumayan hasil kegiatan haram mereka.

Jelasnya, polis juga percaya rangkaian sindiket ini luas berdasarkan kejayaan tangkapan yang dilakukan sebelum ini.

"Pembanterasan jenayah penyeludupan migran merupakan salah satu tumpuan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita telah memperhebatkan tindakan pencegahan penyeludupan migran dengan menangkap kumpulan yang mengatur kemasukan migran atau PATI.

"Mereka ini termasuklah tekong-tekong, agen dan penyedia rumah-rumah penampungan (transit) migran yang diseludup keluar dan masuk ke Malaysia.

"Ini merupakan jenayah rentas sempadan yang begitu kompleks di mana memerlukan kerjasama dari negara jiran dalam konteks perkongsian maklumat berkaitan aktiviti terbabit," ujarnya.

Tegas Fadil, jenayah penyeludupan migran mengancam kedaulatan sesebuah negara.

Antara laluan yang pernah digunakan PATI selepas mendarat di pesisiran pantai di sekitar Selangor.
Antara laluan yang pernah digunakan PATI selepas mendarat di pesisiran pantai di sekitar Selangor.
Antara laluan yang pernah digunakan PATI selepas mendarat di pesisiran pantai di sekitar Selangor.

"PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana sindiket atau individu yang terlibat mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada." katanya.

AMARAN KPN, USAH SEKONGKOL DENGAN SINDIKET PATI

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan mana-mana individu termasuk pihak berkuasa untuk tidak terlibat bersekongkol dengan jenayah penyeludupan PATI.

Razarudin
Razarudin
Razarudin

Menurutnya, ini termasuklah mereka yang berperanan sebagai transporter atau ejen.

"Saya ingatkan warga tempatan kita terutamanya untuk tidak terlibat dengan sindiket ini.

"Tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama sekali tidak berkompromi dengan jenayah yang menggugat keselamatan negara," katanya kepada Sinar Harian.

Sebuah premis yang dijadikan sebagai rumah penampungan di sekitar Selangor berjaya dibongkar polis.

Beliau berkata, berdasarkan kes-kes lalu, ada dikesan penguatkuasa yang bersengkongkol dengan sindiket penyeludupan PATI dalam menyalurkan maklumat termasuk operasi yang dijalankan pihak berkuasa negara ini sekali gus menjadi dalang kebocoran maklumat dalaman.

Katanya, suspek penguat kuasa ini dipercayai menerima imbuhan dan habuan tertentu.

"PDRM akan terus melaksanakan operasi dan risikan dalam usaha membendung kegiatan ini.

"Kita juga bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain termasuk negara jiran dalam berkongsi maklumat bagi memastikan kegiatan ini dibanteras dengan sebaiknya," tegasnya.

INFO GRAFIK

Statistik tangkapan PATI

2022: 3,869 orang

2023 (Jan-Jul): 1,665 orang

Tindakan

-Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 (Akta 670)

-Seksyen 130V Kanun Keseksaan

-Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, (SOSMA)

Klik di sini untuk terus membaca