SHAH ALAM - Walaupun jumlah kadar peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini dijangka melepasi angka 75 peratus daripada keseluruhan 16,456 pengundi, namun Barisan Nasional (BN)... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Walaupun jumlah kadar peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini dijangka melepasi angka 75 peratus daripada keseluruhan 16,456 pengundi, namun Barisan Nasional (BN) tidak semestinya boleh menang dengan majoriti lebih besar melebihi 6,000 undi.

Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, faktor utama kesukaran BN untuk mengekalkan jumlah majoriti lebih 6,000 undi sebagaimana diperolehi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan kadar peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini tidak setinggi PRU15.

Berikutan itu, Mazlan mengunjurkan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam masih berkeupayaan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti bawah 4,000 undi sahaja.

"Kadar peratusan keluar mengundi di Pelangai mungkin mencecah 75 atau 76 peratus, namun agak sukar BN hendak menang majoriti besar.

"Ini disebabkan terdapat penyokong UMNO-BN yang mungkin beralih undi kepada PN disebabkan tidak berpuas hati dengan isu dalaman parti berkenaan di samping kerjasama politik dengan DAP.

"Keputusan politik UMNO-BN menyertai Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 dilihat masih mengguris perasaan sebilangan besar pnyokong parti. Atas faktor itu, sebahagian mereka yang sebelum ini mungkin mengundi BN pada PRU15, diunjurkan sama ada mengalihkan sokongan kepada calon PN atau memboikot keluar mengundi," katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Calon bagi PRK DUN Pelangai, (dari kiri) Amizar daripada BN, Kasim (PN) dan Haslihelmy (Bebas) ketika nama diumumkan di pusat penamaan calon pada 23 September lalu.
Calon bagi PRK DUN Pelangai, (dari kiri) Amizar daripada BN, Kasim (PN) dan Haslihelmy (Bebas) ketika nama diumumkan di pusat penamaan calon pada 23 September lalu.
Calon bagi PRK DUN Pelangai, (dari kiri) Amizar daripada BN, Kasim (PN) dan Haslihelmy (Bebas) ketika nama diumumkan di pusat penamaan calon pada 23 September lalu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa 59 peratus pengundi sudah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat jam 2 petang, Sabtu ini.

Kesemua sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 16,383 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu pada Sabtu.

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN Pelangai ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Pelangai diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Adnan (tengah) bersama Amizar (dua dari kanan) beramah mesra bersama pengundi sempena kempen PRK Pelangai di Felda Kemasul, Bentong pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, jika BN menang besar di PRK Pelangai maka ia akan memberikan kemenangan moral kepada UMNO terutama Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi yang berdepan tekanan hebat daripada akar umbi parti itu ketika ini.

Beliau berkata, kemenangan BN berkenaan juga bakal melemahkan lagi kumpulan penentang Ahmad Zahid selain memberi isyarat jelas bahawa keputusan BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP adalah tepat demi kelangsungan masa hadapan parti.

"Kemenangan itu juga isyarat Ahmad Zahid berjaya menyekat momentum kemenangan PN sejak PRU15 pada saat parti itu sekali lagi bakal berdepan cabaran berat untuk rampas kerusi Parlimen Kemaman daripada Pas pada PRK Parlimen kelak.

"Kemenangan di Pelangai juga membuktikan rakyat marhaen dapat menerima penjelasan bahawa Kerajaan Madani pimpinan Anwar kini sedang berusaha keras untuk mengatasi isu kenaikan harga barang dan, kos sara hidup, krisis bekalan makanan serta masalah inflasi yang melanda negara sekarang," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca