SHAH ALAM - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat diterima pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi dalam pertembungan tiga... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat diterima pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Walaupun undi majoriti merosot sebanyak 1,099 undi berbanding semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedudukan Pelangai sebagai kubu kuat UMNO dan BN tidak dapat dinafikan.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan pada Sabtu, persaingan tiga penjuru itu menunjukkan Amizar berjaya memperolehi 7,324 undi, sementara calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli memperolehi 47 undi.

Keputusan tersebut turut menyaksikan UMNO kekal di kerusi berkenaan sejak dimenangi pada 1986 melalui bekas Menteri Besar, Tan Sri Adnan Yaakob.

PRK kali ini diadakan berikutan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat yang terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, calon PH, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) serta calon Pejuang, Isa Ahmad (65 undi).

Ia juga menutup cakap-cakap bahawa keputusan di Pelangai akan memberi kesan kepada kerajaan negeri jika PN mampu menambah jumlah kerusi kerana mereka sudah mempunyai 17 wakil di DUN dan sekiranya berlaku perkara di luar jangka dalam percaturan politik.

Ternyata PH-BN sekali lagi berjaya menyekat ‘gelombang hijau’ PN selepas melakukannya dalam PRK Parlimen Pulau dan DUN Simpang Jeram menerusi calon Parti Amanah Negara (Amanah) Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul RahmanMenerusi keputusan itu juga, kesepaduan jentera parti dan calon anak tempatan juga dilihat sebagai kelebihan kepada BN untuk mengekalkan kemenangan di Pelangai.

Berdasarkan kemas kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 72.12 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab dengan sembilan pusat pengundian dibuka melibatkan 30 saluran bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Klik di sini untuk terus membaca