LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyenaraikan empat kumpulan militan dalam radarnya iaitu Abu Sayyaf Group (ASG), Kidnapping For Ransom Group (KFRG), Islamic State Daulah Islamiah (ISDI) serta Royal... Klik di sini untuk terus membaca

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyenaraikan empat kumpulan militan dalam radarnya iaitu Abu Sayyaf Group (ASG), Kidnapping For Ransom Group (KFRG), Islamic State Daulah Islamiah (ISDI) serta Royal Security Force (RSF).

Komander ESSCom, Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya memandang serius ancaman yang berpotensi diwujudkan oleh mana-mana kumpulan militan mahu pun pengganas.

Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh kajian setakat ini mendapati tidak wujud sebarang gerakan oleh kumpulan terbabit yang menjurus kepada usaha merekrut warga tempatan bagi melaksanakan dan menyokong propaganda mereka.

Victor

"Ini kerana tangkapan ke atas tali barut sebelum ini memberi pengajaran kepada masyarakat.

"Dari segi ancaman yang berpotensi pula adalah di tahap sederhana. Ini berdasarkan tindakan penguatkuasaan oleh negara Filipina yang serius dan komited dalam menjejak seterusnya meneutralkan ancaman oleh kumpulan berkenaan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambahnya, pengaruh kumpulan berkenaan dalam aktiviti keganasan di Pantai Timur Sabah turut tidak dikesan buat masa ini.

Namun, ujarnya, ESSCom tidak sesekali akan menurunkan tahap pemantauan keselamatan dan risikan maklumat ke atas kumpulan-kumpulan berkenaan.

"Berdasarkan fokus dan aktiviti militan, terdapat 13 orang dalam senarai dikehendaki.

"Selain itu, pada tahun ini setakat September, lima suspek telah diberkas termasuk seorang wanita.

"Tiga suspek bersabit dengan pembiayaan keganasan dalam memberi sokongan kewangan kepada pengganas atau organisasi terbabit, manakala dua suspek merupakan penyokong kumpulan RSF,” jelasnya.

Ulasnya, ESSCom memainkan peranan mengenai status keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Katanya, ESSCom adalah agensi yang bertanggungjawab untuk menyelaras operasi kesemua agensi penguatkuasaan, keselamatan dan pertahanan di ESSZone.

Mengulas mengenai tindakan ESSCom dalam mengesan kegiatan penyeludupan barang bersubsidi, Victor berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan ketirisan hasil negara.

Bot nelayan turut tidak terlepas daripada pemeriksaan ESSCom bagi memastikan tiada sebarang bentuk ancaman dilakukan penjenayah atau aktiviti penyeludupan barangan subsidi.

Ujarnya, semua barangan bersubsidi berpotensi untuk diseludup atas faktor wujudnya penawaran dan permintaan manakala modus operandi berubah-ubah mengikut peredaran masa.

"Setakat September tahun ini, sebanyak 120 kes direkodkan membabitkan nilai rampasan mencecah RM13.2 juta selain 87 lelaki ditahan,” katanya.

Jelasnya, ESSCom mengawal kira-kira 1,700 kilometer persegi garis pesisir pantai dari daerah Kudat hingga ke Tawau.

"Sehubungan itu, sumber manusia, aset keselamatan (darat dan laut) berupa teknologi terkini melibatkan kecerdasan buatan (AI), radar dan dron diperlukan dan dipertingkatkan bagi memastikan ESSZone kekal selamat,” katanya.

Tegasnya, harus disedari bahawa aktiviti militan mengundang bahaya kepada nyawa dan harta benda, manakala penyeludupan barangan subsidi pula menerobos kedaulatan sempadan negara tanpa izin.

"Justeru, bagi mana-mana ahli masyarakat yang melakukan, terlibat dan bersekongkol, ini merupakan satu kesalahan dan penderhakaan kepada negara.

"Jadi sila elakkan, kerana perlakuan itu mengundang risiko bahaya ke atas nyawa dan harta benda orang lain malahan kedaulatan negara sendiri,” nasihatnya.

Victor berkata, masyarakat yang mengetahui tentang kewujudan jenayah militan dan penyeludupan barangan bersubsidi di kawasan masing-masing diminta tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat agar tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan segera bagi kesinambungan kesejahteraan hidup.

"Sejajar moto ESSCom dalam bersama-sama menjana kesejahteraan dan selaku Komander ESSCom, marilah kita berganding bahu bersama-sama dalam usaha mengekang sebarang perlakuan jenayah bagi memastikan negara berdaulat ini terus selamat daripada ancaman,” katanya.

Anggota ESSCom turut menjalankan pemeriksaan di sepanjang pesisir sungai.

Ujarnya, kesiapsiagaan ESSCom menghadapi pelbagai cabaran diterjemahkan pasukan keselamatan menerusi kejayaan menangani penculikan atau sebarang elemen jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan di sekitar kawasan operasi.

INFO ESSCom

- Ditubuhkan pada 1 April 2013, selepas pencerobohan pengganas Sulu dalam Tragedi Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang mengorbankan 10 anggota keselamatan negara dan 68 pengganas Sulu.

- Merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

- Kawasan keselamatan khas ini berpusat di Lahad Datu, sementara sembilan lagi daerah yang termasuk dalam ESSCom ialah Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tawau termasuk Kalabakan yang kesemuanya berada di Pantai Timur Sabah.

- Dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta bahagian awam.

Klik di sini untuk terus membaca