BAITULMAQDIS - Tentera Israel terpaksa bertungkus lumus menepis serangan hari kedua pejuang Hamas selepas serangan mengejut kumpulan itu yang menyaksikan tindak balas segera tentera rejim Zionis. Dalam serangan besar-besaran berkenaan,... Klik di sini untuk terus membaca

BAITULMAQDIS - Tentera Israel terpaksa bertungkus lumus menepis serangan hari kedua pejuang Hamas selepas serangan mengejut kumpulan itu yang menyaksikan tindak balas segera tentera rejim Zionis.

Dalam serangan besar-besaran berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata Hamas melancarkan serangan di 22 lokasi di luar Genting Gaza termasuk pekan dan komuniti lain sejauh 24 kilometer dari sempadan.

Difahamkan ketika ini, lebih 250 orang penduduk dan askar Israel telah maut dan selebihnya dijadikan tebusan oleh Hamas.

Pada Ahad, Israel bertempur dengan Hamas di lapan lokasi dan seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan isu tebusan 'berjaya diselesaikan', tetapi tidak menyatakan mereka diselamatkan hidup-hidup atau sebaliknya.

Sebagai tindak balas, Israel membedil 426 sasaran dan menyebabkan rumah dan bangunan ranap, termasuk menara setinggi 14 tingkat yang menempatkan puluhan pangsapuri serta pejabat Hamas di tengah Gaza City.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 256 orang di Genting Gaza dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel termasuk 20 kanak-kanak dan hampir 1,800 orang cedera.

Media Israel memetik pegawai perkhidmatan penyelamat berkata, sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dan 1,500 cedera dalam serangan awal pagi Sabtu.

Tambahnya, pejuang Hamas turut menculik sejumlah orang awam dan askar yang tidak dinyatakan ke Gaza.

Dalam perkembangan lain, Menteri Tenaga dan Infrastruktur Israel, Katz mengumumkan bahawa pihaknya menyekat bekalan kuasa ke Genting Gaza susulan serangan Hamas terhadap negara itu.

Israel adalah pembekal utama tenaga elektrik di wilayah tersebut.

Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan utama telah membatalkan puluhan jadualnya ke Tel Aviv pada hujung minggu ini susulan serangan mengejut itu.

Di papan ketibaan Lapangan Terbang Ben Gurion telah menyaksikan syarikat seperti American Airlines, Air France, Lufthansa, Emirates, Ryanair dan Aegean Airlines telah membatalkan jadual penerbangan mereka.

"Memandangkan situasi keselamatan semasa di Tel Aviv, Lufthansa membatalkan semua penerbangan ke Tel Aviv sehingga Isnin," kata jurucakap syarikat penerbangan Jerman itu memberitahu AFP.

Klik di sini untuk terus membaca