INDONESIA sedang dalam proses membentuk kerjasama dengan Malaysia bagi membangunkan kawasan ekonomi baharu kerana gabungan kedua-dua negara berpotensi sebagai pengeluar minyak sawit dan pembekal tangki penyimpanan karbon dioksida (CO2)... Klik di sini untuk terus membaca

INDONESIA sedang dalam proses membentuk kerjasama dengan Malaysia bagi membangunkan kawasan ekonomi baharu kerana gabungan kedua-dua negara berpotensi sebagai pengeluar minyak sawit dan pembekal tangki penyimpanan karbon dioksida (CO2) terbesar dunia.

Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir berkata, perkara itu dibincangkan beliau dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sempena lawatan kerjanya ke negara ini.

Erick yang mesra disapa Pak Erick berkongsi perihal pertemuannya dengan pemimpin utama negara menerusi wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi dan Farhana Abd Kadir serta jurufoto, Mohd Halim Abdul Wahid di sebuah hotel di ibu negara pada Sabtu.

Ikuti wawancara penuh bersama beliau yang turut berkongsi pelbagai perkara berkait kedua-dua negara termasuk usaha Kerajaan Perpaduan memulihkan ekonomi negara menerusi pendekatan Madani, rasional keputusan Indonesia menamatkan penjualan TikTok Shop, kerjasama membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan serta pelbagai isu lain yang menarik.

Bagaimana Indonesia dan Malaysia sebagai negara jiran terdekat boleh membangunkan kawasan ekonomi antara dua negara. - Eric Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Bagaimana Indonesia dan Malaysia sebagai negara jiran terdekat boleh membangunkan kawasan ekonomi antara dua negara. - Eric Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SINAR HARIAN: Boleh kongsikan apa intipati pertemuan Pak Erick bersama Yang di-Pertuan Agong, Anwar dan Tengku Zafrul sempena kunjungan ke negara ini?

ERICK: Ini perbincangan susulan sewaktu ASEAN Summit di Indonesia berkaitan bagaimana Indonesia dan Malaysia sebagai negara jiran terdekat boleh membangunkan kawasan ekonomi antara dua negara.

Ini kerana kita lihat potensi kerjasama dua negara ini sangat besar contohnya dalam sektor perdagangan minyak kelapa sawit. Kalau kita bekerjasama dalam bidang ini secara terbuka dan telus, kita akan jadi (pengeluar minyak sawit) terbesar di dunia. Selain itu, di era metana sifar sekarang dilihat perlu juga ada industri penyimpanan karbon dioksida (CO2). Kalau Indonesia dan Malaysia bergabung dalam bidang ini, ia boleh menjadi yang terbesar di dunia.

Kalau kita boleh melakukan bersama-sama, ia bagus buat Indonesia-Malaysia dari segi pertumbuhan ekonomi di kala dunia hari ini sangat tidak pasti dengan situasi ekonominya kerana ada perang Ukraine-Rusia dan juga situasi politik global yang memanas.

Ini yang saya buat susulan daripada diskusi Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo (Jokowi) dengan Malaysia sebelum ini. Kebetulan kami (Indonesia) punya perusahaan pengeluaran minyak kelapa sawit sendiri, industri minyak dan gas serta perusahaan perhutanan yang kalau bicara mengenai karbon, kita boleh saling sinergi.

Jadi perbincangan memfokus kepada perkara ini dan diskusi lainnya mengenai bagaimana kita (Indonesia) boleh sertai usaha untuk menggalakkan peningkatan pelancong. Kalau lihat negara serantau seperti Thailand dan Vietnam, pelancong mereka meningkat. Kita (Indonesia-Malaysia) juga ada peningkatan tapi potensi yang ada masih belum diteroka lebih menyeluruh.

Contohnya, kita punya banyak pulau yang cantik tapi kita belum duduk bersama membincangkan bagaimana membangunkan perkhidmatan kapal persiaran buat pelancong. Kapal persiaran itu kalau kita boleh gabungkan strateginya, ia memberi potensi pendapatan baharu kepada negara.

Jadi mereka (pelancong) tidak hanya datang ke Kuala Lumpur, ke Bali tapi (dengan kerjasama antara dua negara) ia boleh membentuk sebuah zon (pelancongan) bersama sehingga boleh memacu peningkatan (pelancong).

Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Eric Thohir. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SINAR HARIAN: Mengenai keusahawanan di Indonesia dan juga Malaysia terutama PKS, bagaimana Pak Erick melihat kerjasama usahawan dari kedua-dua negara dan perusahaan apa serta bentuk kerjasama bagaimana boleh dilakukan?

ERICK: Di Indonesia, kami mempunyai inisiatif di Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) yang mendorong (pertumbuhan) ekonomi syariah dan kebetulan saya pengerusinya.

Sebelum ini kami tidak mempunyai bank syariah yang besar dan ini pertama kali menggunakan kemudahan bank syariah yang tersedia di bawah Bank Rakyat Indonesia (BRI). Konsep bank syariah ini menjadi yang pertama diperkenalkan dalam sejarah Republik Indonesia.

Kita mempunyai 10 bank syariah di Indonesia dan menduduki tempat ke-12 dalam senarai bank syariah dunia. Kami juga turut berhasil memberi fokus pinjaman buat semua medium perniagaan.

Salah satu yang menjadi pilihan adalah Pinjaman Ibu Desa atau Permodalan Nasional Madani Membina Ekonomi Keluarga Sejahtera (PNM Meekar) yang kurang daripada satu juta hingga empat juta rupiah. Pada waktu itu, jumlah pertumbuhan PKS hanya 6.5 juta rupiah tetapi kita melakukan peningkatan sehingga mencapai 14.7 juta rupiah.

Saya yakin kedua-dua negara mempunyai permintaan pasaran dalam PKS kerana ia sangat diperlukan sama ada di Indonesia atau Malaysia. Tetapi ia bergantung juga dengan keadaan semasa pasaran.

Baru-baru ini, Indonesia turut membincangkan berkenaan e-dagang untuk melindungi Usaha Mikro Kecil Menengah (UMKM). Ekonomi digital perlu terbuka dan mesra pelaburan serta teknologi. Tetapi kita juga tidak mahu ada produk (seakan sama) dari negara lain yang membunuh perusahaan sedia ada termasuk UMKM.

Oleh itu, kedua-dua negara boleh berkolaborasi untuk membina pasaran kerana ia boleh menyokong ekonomi Malaysia dan Indonesia. Misalnya pelaburan perniagaan francais antara Malaysia dan Indonesia yang kini semakin mendapat perhatian kerana citarasa makanan kita yang sama.

Kita boleh menyokong keterbukaan ini supaya ia dapat memperkukuh kestabilan PKS. Keterbukaan pasaran ini juga saling menyokong PKS.

SINAR HARIAN: Indonesia telah menamatkan penjualan TikTok Shop. Apa rasional tindakan tersebut?

ERICK: Kami percaya keterbukaan pasaran dan dengan beberapa perniagaan sektor swasta terdapat pelaburan berpotensi untuk terus maju sehingga sukar ditutup.

Seperti yang saya tegaskan tadi, penutupan Tik Tok Shop bukan menutup potensi pasaran ekonomi digital, sebaliknya menuntut keseimbangan dan tanggungjawab bagi memastikan pengusaha UMKM tidak menanggung kerugian.

Misalnya, harga barangan tertentu dijual UMKM 100,000 rupiah tetapi terdapat individu menjual dengan hanya 20,000 rupiah. Sudah tentu ia harga yang mustahil. Kita perlu lindungi pengusaha UMKM ini.

Sekali lagi, perkara ini dilaksanakan bukan mahu menutup keterbukaan ekonomi digital tetapi mahu ia seimbang. Fungsi pemerintah ialah memastikan keseimbangan ekonomi dilakukan.

Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Menteri BUMN Indonesia, Eric Thohir di ibu negara. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SINAR HARIAN: Pada pandangan Pak Erick, adakah Malaysia patut lakukan perkara sama?

ERICK: Saya tidak boleh komen kerana saya yakin kerajaan Malaysia mempunyai perancangan tersendiri. Justeru, sejak awal saya mengikuti perbincangan mengenai perkara ini ketika ASEAN Summit 2023 bagi mengetahui cara kedua-dua negara untuk mempunyai hubungan baik yang erat.

SINAR HARIAN: Bagaimana pada pandangan Pak Erick mengenai kedudukan ekonomi Malaysia-Indonesia ketika ini?

ERICK: Kedua-dua negara berada dalam keadaan ekonomi yang baik, namun ia tidak cukup untuk mengukuhkan kedudukan di rantau ini. Oleh itu, kita perlu berkolaborasi sebagai pemain industri besar dalam industri kelapa sawit atau penyimpanan CO2 kerana kita mempunyai kekuatan dan mempunyai nilai tambah yang boleh dibekalkan kepada negara lain.

Kita juga melihat keperluan negara terhadap permintaan minyak masak sawit walaupun mempunyai persaingan seperti minyak masak dari luar negara. Perkara ini lumrah kerana terjadinya persaingan.

Namun kita perlu meyakinkan dunia berkenaan tanaman kelapa sawit tidak membawa mudarat kepada alam sekitar. Pada zaman Pak Jokowi sekarang, beliau turut menekankan isu perhutanan semula dan setakat ini sebanyak 77 peratus sudah dimulakan proses tersebut. Ia termasuklah penanaman semula pokok bakau.

Perkara ini turut diterapkan dalam pembangunan ibu kota Indonesia yang baharu di Kalimantan atau Nusantara. Kawasan itu pada awalnya merupakan kawasan industri, namun kini sudah mula melakukan pemeliharaan kawasan hijau.

Justeru, Pak Jokowi telah mula mengembalikan keaslian kawasan hutan dan hanya 30 peratus sahaja pembangunan dilaksanakan di sana. Kita sedang berusaha membangunkan negara hijau.

Perkara ini juga menyebabkan salah faham antara negara serantau lain dan juga Eropah.

Kita perlu berani menyuarakan pandangan dan menafikan dakwaan kononnya tanaman kelapa sawit menjadi punca pencemaran. Kita juga bangsa terpelajar yang cintakan alam sekitar untuk diwariskan kepada anak cucu.

Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Menteri BUMN Indonesia, Eric Thohir di ibu negara. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Menteri BUMN Indonesia, Eric Thohir di ibu negara. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Menteri BUMN Indonesia, Eric Thohir di ibu negara. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Menteri BUMN Indonesia, Eric Thohir di ibu negara. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SINAR HARIAN: Sejauh mana Pak Erick melihat usaha Kerajaan Malaysia diterajui Anwar memulihkan ekonomi negara menerusi pendekatan Madani?

ERICK: Pada pendapat saya ia sangat positif. Islam Madani itu membawa maksud keseimbangan. Saya rasa Perdana Menteri mempunyai falsafah sama dengan Pak Jokowi berkenaan pertumbuhan ekonomi.

Ia termasuklah mengurangkan jurang kemiskinan antara orang kaya dan miskin. Ini yang harus kita lakukan bersama. Proses tersebut adalah sama namun mungkin ia berbeza mengikut konteks strategi negara masing-masing dalam menangani isu tersebut. Hal ini kerana masing-masing mempunyai keunikan dan bersifat dinamik mengenai pengurusan ekonomi negara.

SINAR HARIAN: Hubungan Indonesia dan Malaysia sangat akrab, malah ramai rakyat Indonesia bekerja di sini. Bagaimana Pak Erick melihat situasi ini?

Sebenarnya ini adalah proses menyokong antara satu sama lain. Saya tidak menafikan Indonesia meminta kerjasama terhadap perlindungan tenaga kerja di Indonesia dan kita yakin (ia diberi perhatian) di bawah pentadbiran Anwar yang kita sedia maklum sangat menghormati isu kemanusiaan.

Beliau ialah pejuang demokrasi dan salah satu kekuatannya berkaitan perjuangan kemanusiaan. Perihal positif ini menyebabkan kedua-dua negara sepakat untuk mendukung usaha ini dan sudah tentu konteksnya adalah menguntungkan kedua-dua pihak.

Inisiatif diperkatakan Pak Jokowi dan Anwar turut dilanjutkan dalam perbincangan jemaah menteri di Malaysia khususnya di sempadan. Kawasan tersebut merupakan tempat yang boleh menyokong usaha memajukan ekonomi terutama industri penanaman kelapa sawit sehingga mampu mengecilkan jurang kemiskinan kedua-dua negara.

Saya yakin sokongan dan dorongan hubungan diplomatik antara Anwar dan Pak Jokowi dapat memastikan keseimbangan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia. Saya merupakan individu bertanggungjawab dalam memastikan kerjasama erat ini tetap diteruskan.

SINAR HARIAN: Beberapa syarikat Malaysia turut terlibat dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur yang dikenali sebagai Nusantara. Bagaimana Pak Erick melihat kepesatan ekonomi di sana nanti yang pasti akan memberi impak positif kepada Sabah dan Sarawak?

ERICK: Itu yang saya katakan sebelum ini. Perkara ini menyebabkan kedua-dua negara masih kekal bersahabat dan mempunyai keseimbangan dalam memastikan pembangunan dilaksanakan mampu dimanfaatkan.

Jika kita lihat di Pulau Jawa dan Sumatera Indonesia hampir 80 peratus membangun manakala Kalimantan yang merupakan pulau terbesar hanya menyumbang tiga hingga lima peratus sahaja.

Oleh itu, saya berpendapat Kalimantan boleh menjadi bukti kesatuan antara Indonesia-Malaysia dalam membangunkan ekonomi mampan. Baru-baru ini menerusi (persidangan) 'ASEAN Grid Energy' hampir semua (negara) menyokong tenaga hijau.

Kolaborasi antara kedua-duanya mampu membangunkan bersama industri tenaga hijau kerana Indonesia sendiri mempunyai sumber tenaga geoterma, kuasa hidro termasuk tenaga alam sekitar seperti angin dan cahaya matahari. Ia juga boleh memberi manfaat kepada Malaysia.

Kami percaya keterbukaan pasaran dan dengan beberapa perniagaan sektor swasta terdapat pelaburan berpotensi untuk terus maju sehingga sukar ditutup. - Eric. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Kami percaya keterbukaan pasaran dan dengan beberapa perniagaan sektor swasta terdapat pelaburan berpotensi untuk terus maju sehingga sukar ditutup. - Eric. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Kami percaya keterbukaan pasaran dan dengan beberapa perniagaan sektor swasta terdapat pelaburan berpotensi untuk terus maju sehingga sukar ditutup. - Eric. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SINAR HARIAN: Berkenaan pembinaan dan perkhidmatan kereta api laju menghubungkan Jakarta-Bandung, adakah ia boleh memacu ekonomi Indonesia sejajar dengan hasrat Pak Jokowi yang inginkan Indonesia menjadi Harimau Asia?

ERICK: Saya rasa Indonesia sangat serius di bawah pemerintahan Pak Jokowi terutama dalam pembangunan infrastruktur. Namun kita tidak menafikan Indonesia mempunyai logistik yang sangat lemah dan menelan perbelanjaan mahal.

Misalnya sekarang kawasan pelabuhan sudah mula diletakkan di bawah satu pengurusan di bawah kementerian saya. Kita turut menjenamakan semula pelabuhan Indonesia sebagai Pelindung.

Hal ini dilihat sedikit efisien. Selain itu, Pak Jokowi turut melaksanakan pembaharuan pembangunan tol lebuh raya termasuk kereta api laju. Kita mahu pastikan logistik kita mampu memberi perkhidmatan fasiliti terhadap pengangkutan awam.

Kita sedia maklum penggunaan kereta peribadi adalah disebabkan kelemahan logistik, namun kini kebanyakan negara cuba mengurangkan pelepasan karbon daripada kereta.

Semua orang sangat takut dengan pencemaran. Kita boleh memperbaiki fasiliti logistik negara walaupun ia memerlukan waktu lebih lama. Pada pandangan saya, impian menjadi Harimau Asia bukan sekadar gimik tetapi sedang berusaha untuk mencapai hasrat tersebut.

Saya melihat Malaysia juga sedang berusaha mendorong pembinaan kereta api berkelajuan tinggi Singapura-Malaysia. Tidak mungkin Malaysia, Indonesia mahupun Singapura tidak saling berhubungan.

SINAR HARIAN: Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mendedahkan harga beras antarabangsa mencatat lonjakan hampir 10 peratus antara Julai hingga Ogos 2023. Malaysia dan Indonesia menjadi antara negara yang terkesan dengan kenaikan ini. Jadi pada pandangan Pak Erick, apa tindakan perlu dilakukan kedua-dua kerajaan untuk pastikan harga makanan ruji rakyat ini dapat dikawal dan tidak membebankan rakyat?

ERICK: Situasi perang antara penyebab makanan asas menjadi mahal sejak tujuh tahun kebelakangan ini. Sama juga seperti pasaran minyak. Di Indonesia terdapat cara untuk terus menyokong produksi beras tetapi kaedah mengukuhkan barangan komoditi itu daripada terputus adalah menyimpan stok dengan kadar banyak. Pengurusan barangan makanan yang betul mencerminkan kestabilan politik dan ekonomi.

SINAR HARIAN: Pemilihan presiden baharu Indonesia akan diadakan pada 14 Februari tahun depan. Pak Prabowo Subianto ialah salah seorang calon Presiden dan nama Pak Erick antara disebut calon Wakil Presiden kepada Pak Prabowo Subianto. Apa reaksi Pak Erick dan adakah sudah siap sedia pikul tanggungjawab ini jika dicalonkan?

ERICK: Jika kita lihat terdapat tiga calon iaitu Anies Baswedan daripada Parti Independen, Ganjar Pranowo dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan Prabowo Subianto.

Kebetulan Pak Anies sudah 'menikah' (umumkan gandingannya dengan) Muhaimin Iskandar. Jadi kalau sudah menikah tidak boleh digoda. Jadi calon yang tinggal ialah Pak Prabowo dan Pak Ganjar.

Menurut kaji selidik dilakukan, saya menerima apresiasi sangat tinggi tetapi perkara itu tidak mempengaruhi kualiti kerja saya. Saya akan tetap bekerja sebagai menteri dan memainkan peranan sebagai Ketua Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dengan melakukan reformasi pembangunan sukan.

Saya lihat kedua-dua calon ini mempunyai pelbagai khabar angin. Saya bersedia berkhidmat dengan melakukan semua tugas dengan baik.

Erick (tengah) bergambar bersama kru Sinar Harian selepas wawancara eksklusif di ibu negara sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia.

SINAR HARIAN: Bagaimana Pak Erick melihat sokongan rakyat kepada Pak Prabowo Subianto berbanding dua lagi calon lain iaitu Anies Ganjar?

ERICK: Kaji selidik (yang dilakukan) pada hari ini adalah untuk Pak Prabowo dan Pak Ganjar walaupun Pak Anies masih menjadi calon ketiga. Namun penilaian tersebut belum diputuskan lagi, jadi tidak perlu rasanya terus terjebak dengan pola pemikiran seolah-olah keputusan perkara itu sudah disimpulkan. Ini merupakan interpretasi diri masing-masing.


PROFIL

Nama: Erick Thohir

Umur: 53 tahun

Kerjaya sebelum bergelar menteri: Ahli perniagaan

Kelulusan akademik: Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti California, Amerika Syarikat

Klik di sini untuk terus membaca