SHAH ALAM - Meneruskan misi tinjauan bilik sewa sempit, penulis berjaya menemui sebuah apartmen diubah suai menjadi tujuh unit bilik sewa sempit yang membenarkan pasangan berlainan jantina tinggal bersama, namun dengan bayaran sewa lebih mahal.
Terletak di Shah Alam, penulis dimaklumkan harga asal sebuah bilik sewa yang hanya mampu memuatkan sebuah katil bujang itu adalah RM300 seorang.
Namun jika ada penyewa yang mahu tinggal bercampur lelaki dan wanita sama ada berkahwin atau bukan mahram, maka tuan rumah akan mengenakan bayaran lebih tinggi sehingga RM400.
Nama pun bilik sewa sempit, sudah pasti penyewa tidak boleh mengharapkan keselesaan pada tahap maksimum.
Bahkan pada pemerhatian penulis sendiri, ruangan bilik sewa tersebut membataskan penghuninya daripada bergerak bebas.
Menariknya, daripada cerita seorang penyewa bilik sewa sempit itu yang beragama Islam, dia terpaksa menunaikan solat di atas katil.
"Bilik sempit sampaikan apabila mahu sembahyang saya terpaksa angkat tilam dan solat di atas katil.
"Kalau nak solat di bawah, tidak muat dan akan melanggar almari. Bilik itu kecil dan muat-muat untuk letak sebuah meja,” katanya kepada penulis.
Dia juga berkata, penghuni di situ terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah warga asing dan ada antara mereka yang membawa masuk arak.
"Bilik ini untuk duduk satu atau dua bulan tiada masalah. Tetapi untuk tinggal dalam masa yang lama, tidak sesuai.
"Namun, saya faham kebanyakan orang mahu rumah mampu sewa dan dekat dengan tempat kerja atau belajar. Oleh itu, mereka terpaksa ketepikan keselesaan,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca