KOTA BHARU – Keputusan ujian sampel air di Kuala Koh, Gua Musang yang diambil baru-baru ini dijangka diperoleh paling awal dua hari lagi. Pengarahnya Jabatan Alam Sekitar Kelantan, Hamzah Mohamad berkata, buat masa ini Jabatan Kimia... Klik di sini untuk terus membaca

KOTA BHARU – Keputusan ujian sampel air di Kuala Koh, Gua Musang yang diambil baru-baru ini dijangka diperoleh paling awal dua hari lagi.

Pengarahnya Jabatan Alam Sekitar Kelantan, Hamzah Mohamad berkata, buat masa ini Jabatan Kimia sedang bekerja keras untuk menguruskan hal tersebut dan beliau telah berunding untuk mendapatkan keputusan itu secepat mungkin.

"Bukan hanya di kawasan yang terlibat, tapi kita juga ambil sampel air lombong bijih mangan yang berada berhampiran dengan kawasan yang terjejas tersebut.

"Kita buat ujian tersebut untuk tengok adakah air di kawasan itu sudah tercemar atau tidak. Air tandak yang digunakan masyarakat orang asli itu pun kita ambil termasuklah air takungan lombong bijih pun kita ambil setiap hari untuk diuji,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, maklumat dan keputusan yang diperoleh tersebut akan dimaklumkan kepada Ketua Pengarah JAS untuk tindakan selanjutnya selepas ini.

Beliau juga memberitahu, pihaknya sentiasa membuat pemantauan secara visual di kawasan tersebut dan yang paling terkini ialah dua bulan lalu.

"Tidak ada aktiviti pembalakan dibenarkan di kawasan itu sebab berdekatan dengan Taman Negara. Sebab itu kita sentiasa mengadakan pemantauan kerana ia merupakan tanggungjawab kami.

"Apa yang penting, kita berharap semua pihak bersabar dan berdoa semoga urusan kita semua dipermudahkan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca