PONTIAN - Seorang wanita warga emas di Jalan Parit Ismail, Benut di sini masih trauma untuk menerima tetamu apabila kehilangan gelang emas selepas didatangi dua wanita dan seorang lelaki di rumahnya pada Ahad lalu. Wanita berusia 74 tahun... Klik di sini untuk terus membaca

PONTIAN - Seorang wanita warga emas di Jalan Parit Ismail, Benut di sini masih trauma untuk menerima tetamu apabila kehilangan gelang emas selepas didatangi dua wanita dan seorang lelaki di rumahnya pada Ahad lalu.

Wanita berusia 74 tahun yang enggan mendedahkan namanya itu berkata, dia kesal dengan apa yang berlaku kerana dia benar-benar ikhlas memberi pertolongan.

"Ketika hendak masuk ke dalam rumah saya nampak sebuah kereta berwarna putih datang. Kemudian seorang lelaki dan wanita turun dari kereta itu beritahu nak ambil daun pokok di sebelah rumah. Seorang lagi wanita duduk di dalam kereta.

"Mereka kata daun itu boleh buat ubat kencing manis. Tetapi setahu saya, itu daun yang tumbuh merata di pokok yang terbiar,” katanya.

Menurutnya, lelaki dan wanita berkenaan memberitahu mereka dari Cheras.

"Mereka minta saya temankan untuk ambil daun itu, padahal pokok itu dekat sahaja sebelah rumah.

"Kata mereka hendak buat ubat tak boleh ambil sendiri, jadi saya temankan. Lepas ambil daun mereka terus beredar. "Lepas itu saya masuk dalam rumah, tengok beg tangan dah beralih tempat. Rupanya gelang emas saya sudah tiada. Saya terus buat laporan polis,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Kampung Kawasan ( 9) Parit Mansor Benut, Roslan Alwi di rumahnya semalam.

Laporan Sinar Harian semalam.

Terdahulu Sinar Harian semalam, melaporkan kes kejadian kecurian melibatkan dua wanita dan seorang lelaki yang berpura-pura meminta daun bagi mengubati penyakit kencing manis di sebuah rumah warga emas di Jalan Parit Ismail, Benut, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkat,a kejadian yang berlaku jam 1.30 tengah hari itu menyebabkan wanita berkenaan kehilangan gelang emas dianggarkan kerugian lebih RM2,000 selepas didatangi wanita dan lelaki menaiki kereta Inspira berwarna putih.

Jelasnya, polis masih menjejaki semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Klik di sini untuk terus membaca