Rentetan gesaan sekumpulan pakar perubatan yang turut mencadangkan Ivermectin sebagai ubat Covid-19, maka ramai yang turut mempertikaikan kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tak guna ubat itu.
Bila beberapa pakar dah bagi bola tanggung, maka ramailah yang kemudiannya buat smash kepada pihak berkuasa.
Merak Jalanan tengok tiba-tiba ramai orang yang jadi pakar perubatan dan pakar virologi 'bidan terjun' di media sosial.
Ada yang tuduh KKM lembap serta ada yang kata Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan tak bijak tidak mahu guna Ivermectin yang didaftar sebagai ubat cacing.
"Tunggu apa lagi, ramai yang mati. Guna sahajalah Ivermectin," gesa keyboard warrior di media sosial.
Tapi kata orang bercakap dan menulis di media sosial ni memanglah senang, berbanding buat keputusan.
Pembuat keputusan ni, kalau dah buat keputusan, maka dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang bakal terjadi. Kalau ok, untunglah, kalau tak ok, bersedialah menanggung azab apatah lagi melibatkan nyawa.
KKM sudah pun jelaskan yang Ivermectin masih dalam kajian. Kajian klinikal sedang dibuat di 12 hospital di Malaysia ke atas 500 pesakit Covid-19.
Perumpamaannya sangat mudah. Kalau anda sakit mata, adakah boleh untuk anda makan ubat diabetes, metformin.
Begitulah juga dengan ubat cacing ini. Ia perlukan kajian klinikal lebih lanjut mengenai keberkesanan, kesan jangka pendek serta jangka panjangnya.
Jadi bagilah ruang pada KKM untuk kaji mengenai ubat cacing itu, yang lain tidak perlu jadi macam 'cacing kepanasan' mengutuk dan mengeji di media sosial. Klik di sini untuk terus membaca