BAGUS sangat langkah Kementerian Pendidikan nak buka sekolah semula. Awang rasa memandangkan keadaan ancaman koronavirus (Covid-19) semakin reda, memang sekolah patut dibuka. Nampaknya hanya pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang dibenarkan... Klik di sini untuk terus membaca

BAGUS sangat langkah Kementerian Pendidikan nak buka sekolah semula. Awang rasa memandangkan keadaan ancaman koronavirus (Covid-19) semakin reda, memang sekolah patut dibuka.

Nampaknya hanya pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang dibenarkan ke sekolah buat sementara ini. Nampaknya pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dah sediakan SOP yang lengkap untuk tujuan itu.

Banyak perkara yang diambil kira termasuk keadaan tempat belajar, cara masuk ke kelas, waktu rehat dan sebagainya.

Oleh sebab yang terbabit pelajar dalam Tingkatan Lima dan Enam, mungkin kawalan ke atas mereka lebih mudah.

Awang cuma nak ingatkan pelajar yang lain tak boleh terus-menerus berada di rumah. Kita tidak ada sistem pembelajaran melalui dalam talian seperti banyak negara lain.

Oleh sebab itu Kementerian Pendidikan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mempersiapkan ‘sekolah masa depan’. Pelajar kita pada semua peringkat harus ada laptop sendiri.

Bayangkan kerugian masa belajar akibat Covid-19 ini. Kita tak tahu ancaman wabak lain pada masa depan yang boleh mengganggu pelajaran anak-anak.

Oleh sebab itu, sistem persekolahan kita harus memberikan perhatian pada pembelajaran cara dalam talian.

Pada waktu yang sama kita boleh kurangkan jurang teknologi di antara mereka yang di kampung dengan yang di kota serta di antara mereka yang berada dengan yang kurang berada.

Klik di sini untuk terus membaca