KUALA LUMPUR - Kerajaan dan agensi berkaitan digesa mewujudkan satu klausa baharu dalam tuntutan insurans bagi membela nasib keluarga si mati yang dilanggar pemandu mabuk.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, ia perlu memandangkan peningkatan kes kemalangan maut angkara pemandu mabuk kebelakangan ini.
Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Penjara berkata, ia bagi membolehkan keluarga si mati yang dilanggar pemandu mabuk menuntut pampasan insurans jika pemandu terbabit adalah pemegang polisi insurans.
"Selain perlu ada peruntukan undang-undang untuk rampas lesen pemandu mabuk, patut adakan satu klausa supaya syarikat insurans kepada pemandu itu kena bayar pampasan kepada mereka yang dilanggar.
"Saya lihat isu alkohol ini semakin serius. Ketika wabak koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pun ada yang curi keluar minum arak di rumah kawan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Zaman Khan berkata, selain klausa itu, perlu ada sekatan tertentu dalam penjualan minuman keras.
Menurutnya, bukan saja tidak membenarkan arak dijual merata-rata tetapi sebarang bentuk pengiklanan minuman keras juga perlu dilarang.
"Saya tengok pasar raya pun ada jual, kenapa bebas sangat. Saya risau budak-budak kita tiru, beli dan minum. Saya tahu di bawah pengaruh alkohol macam-macam boleh berlaku.
"Dulu ada seorang kawan saya bagus orangnya tapi kerana minum arak dan mabuk dia tak boleh kawal diri bergaduh dengan pemilik kereta yang halang kenderaannya di sebuah bar. Akhirnya dia tembak orang itu. Kalau tak mabuk dia memang orang baik,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, penjualan arak di kelab malam juga perlu dikawal.
Klik di sini untuk terus membaca