PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum mahu mengalah dalam menangani isu melibatkan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Casio Francissco De Jesus dan Bruno Lopes. Sebaliknya, Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum mahu mengalah dalam menangani isu melibatkan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Casio Francissco De Jesus dan Bruno Lopes.

Sebaliknya, Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, pihaknya semakin bersemangat menyelesaikan masalah tersebut apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju memberikan peluang kepada mereka mengadakan perbincangan dengan pemain-pemain berkenaan.

"Berita yang kata kita (KAFA) angkat bendera putih itu sebenarnya tidak tepat. Itu adalah step (langkah) yang terakhir tetapi setakat ini kita memang tidak akan give up (menyerah kalah).

"Apatah lagi, FIFA sudah berikan peluang kepada kita dalam isu ini. Buat masa ini, kita tunggu rundingan kerana FIFA dah berikan peluang untuk berbincang, jadi kita akan berbincang lagilah dengan pemain terlibat," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media yang mengatakan KAFA seakan-akan sudah menyerah kalah dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji dua bekas pemain importnya.

Hussin

KAFA diminta untuk melunaskan tunggakan gaji Cassio yang mencecah RM629,620.28 manakala 'hutang' Lopes pula berjumlah RM142,000. Kes Cassio turut berada dalam pemerhatian Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Dalam perkembangan lain, Husin berkata, KAFA akan bermesyuarat pada 10 Jun ini bagi membincangkan mengenai hala tuju badan induk bola sepak Kelantan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-).

"Selain tentukan hala tuju KAFA, kita juga nak tengok kes-kes (tunggakan gaji) yang ada. Kita akan kumpulkan kes-kes terdahulu khususnya melibatkan tunggakan gaji pemain-pemain tempatan yang masih belum selesai," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca