KUANTAN - Kebanyakan tiket bas bagi perjalanan menghala utara dan Kuala Lumpur dari Terminal Sentral Kuantan esok sudah habis dijual. Operator Etika Express, Mohd Asuad Mohd Tahir berkata, orang ramai mula membeli tiket bas susulan... Klik di sini untuk terus membaca

KUANTAN - Kebanyakan tiket bas bagi perjalanan menghala utara dan Kuala Lumpur dari Terminal Sentral Kuantan esok sudah habis dijual.

Operator Etika Express, Mohd Asuad Mohd Tahir berkata, orang ramai mula membeli tiket bas susulan pengumuman kebenaran perjalanan rentas negeri bermula esok.

"Kami menerima pembelian tiket bas melalui dalam talian, aplikasi WhatsApp dan ada yang membeli menerusi kaunter tiket.

"Etika Express baru buka kaunter hari ini untuk jualan tiket ke Kuala Lumpur sahaja. Setakat jam 12 tengah hari tadi, tiket untuk dua bas ke Kuala Lumpur bagi perjalanan esok sudah penuh," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Norizan

Menurutnya, kebanyakan pelanggan yang datang ke kaunter ialah warga asing kerana mereka tidak pandai membuat pembelian tiket menerusi dalam talian.

Sementara itu, kerani kaunter Cosmic Express, Norizan Sulaiman Shah berkata, pembelian tiket bas bagi perjalanan arah utara meningkat dan ada yang sudah penuh sehingga Jumaat ini.

"Selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan kami menerima peningkatan pembelian tiket bas.

"Ada yang beli melalui dalam talian dan kebanyakan menerusi WhatsApp. Pembelian melalui kaunter pun ada juga tapi tak banyak," katanya.

Katanya, bagaimanapun pihaknya tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana sebuah bas dua tingkat hanya 24 tiket untuk 24 penumpang dijual.

"Harga tiket pula mengikut harga musim perayaan," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca