SYUKUR Alhamdulillah, setelah tiga bulan, kita masuk pula ke tahap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pekerja sektor awam dan swasta akan masuk ke pejabat semula. Banyak kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.
Kegiatan sukan yang bukan membabitkan orang ramai akan dibenarkan. Syabas pada rakyat Malaysia yang telah menjalani PKP dengan tabah dan penuh disiplin.
Memang ada yang degil atau ‘tak makan saman’ kata orang, tapi pada keseluruhannya kadar kepatuhan amat tinggi.
Syabas juga pada mereka yang berada di barisan hadapan dalam memerangi wabak itu. Nampaknya rantaian penyakit ini sudah mula dapat kita putuskan.
Awang juga rasa lega masjid akan dibuka secara terkawal untuk solat Jumaat dan sembahyang secara berjemaah.
Bagaimanapun, bergantung pada ukuran sesebuah masjid itu.
Ini langkah yang sangat dialu-alukan oleh umat Islam. Tapi kita harus berhati-hati dalam soal ini, banyak SOP yang perlu dipatuhi.
Cuma Awang tak setuju nak berikan kebenaran solat berjemaah pada rakyat tempatan sahaja. Awang rasa ini tindakan diskriminasi yang bertentangan dengan kehendak agama kita.
Dalam beribadah tak patut ada diskriminasi. Rumah ALLAH tempat semua orang, tak boleh dibeza-bezakan. Awang faham banyak kes positif dalam kalangan orang luar.
Jikalau masih was-was jangan dibuka dulu untuk jemaah. Jadi tak timbullah masalah memilih siapa yang boleh dan siapa yang tidak boleh ikut berjemaah.
Klik di sini untuk terus membaca