Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Itu saja frasa lebih tepat bagi menzahirkan penghargaan kepada barisan petugas keselamatan sepanjang tempoh 85 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat... Klik di sini untuk terus membaca

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Itu saja frasa lebih tepat bagi menzahirkan penghargaan kepada barisan petugas keselamatan sepanjang tempoh 85 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Secara rasmi, tepat jam 12 tengah malam semalam apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos depan, tiada lagi sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara susulan penamatan PKPB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Ahad lalu berkata, tiada keperluan untuk sekatan jalan raya dilaksanakan sepanjang tempoh PKPP kecuali di lokasi-lokasi Ops Benteng Covid-19.

Ramai yang bersorak gembira, malah ada yang menangis tanda syukur apabila kerajaan membuat keputusan menamatkan PKPB.

Hampir tiga bulan rakyat negara ini terpaksa menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu ekoran pelaksanaan PKP dan PKPB demi mengekang penularan wabak Covid-19.

Selepas ini, kita tidak lagi melihat kelibat anggota unit beruniform baik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mahupun agensi berkaitan di kawasan-kawasan rentas negeri.

Cuma satu pesan Merak Jalanan, dalam pada kita mula berpesta meraikan ‘hari pembebasan’, jangan pula kita lupa segala peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kini masanya ‘kita jaga kita’. Tiada lagi anggota keselamatan yang akan menyekat pergerakan kita. Kepada anggota keselamatan mahupun barisan hadapan, terima kasih atas segala-galanya. Kami terhutang budi kepada anda semua.

Selepas ini kita semua adalah pejuang barisan hadapan yang sama-sama perlu menjaga diri kita dan negara ini daripada wabak Covid-19.

Klik di sini untuk terus membaca