PROGRAM Pemulihan Ekonomi (ERP) yang diberi nama Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana telah diperkenalkan pada Jumaat lepas untuk mempromosi agenda digital nasional. Dengan atau tanpa krisis, jika kita ingin berhijrah kepada... Klik di sini untuk terus membaca

PROGRAM Pemulihan Ekonomi (ERP) yang diberi nama Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana telah diperkenalkan pada Jumaat lepas untuk mempromosi agenda digital nasional.

Dengan atau tanpa krisis, jika kita ingin berhijrah kepada ekonomi berpendapatan tinggi, ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy) perlu menjadi visi kepada Wawasan Kemakmuran Bersama (SPV) 2030. Oleh itu, kita perlu menyokong inovasi, melatih tenaga kerja (meningkatkan kemahiran), dan memberi insentif kepada pelaburan.

Masalah yang lebih besar daripada risiko kemerosotan ekonomi adalah apabila kita berkemungkinan kembali menghadapi krisis yang sama.

Untuk mentransformasikan masyarakat sosial, pihak kerajaan harus memainkan peranan aktif dalam merancang rangka kerja, menguruskan perubahan dan menyediakan sumber yang diperlukan; untuk mencapai perubahan yang diinginkan dengan mengoptimumkan manfaat kepada rakyat - konsep ‘Masyarakat 5.0’ yang telah dicipta dan diadaptasi di Jepun, yang boleh kita contohi.

Intipati daripada 40 inisiatif yang diumumkan di bawah Penjana adalah fokus dalam memberi manfaat kepada penerima, bukan sekadar memberi mereka ikan, malah mengajar mereka untuk memancing.

Walaupun isu politik masih bergoncang, namun inisiatif Penjana ini mempunyai asas dan dapat memberi kelangsungan terhadap ekonomi negara.

Jumlah inisiatif itu − RM35 bilion − berpotensi untuk mengubah situasi yang sedang melanda negara.

Mengambil kira jumlah RM260 bilion bantuan yang telah diberikan sebelum ini untuk menghadapi Covid-19, pakej sokongan dan rangsangan ekonomi Malaysia dilihat paling agresif dibandingkan dengan negara lain.

Walaupun pakej rangsangan sebelum ini hanya menawarkan moratorium pembayaran, bantuan tunai dan pinjaman sokongan, namun Penjana lebih cenderung kepada mencetuskan perubahan di dalam aktiviti perniagaan.

ERP merupakan fasa keempat daripada enam fasa pemulihan ekonomi; ketegasan (resolve), ketahanan (resilience), memulakan semula (restart), pemulihan (recovery), memperkasa (revitalise) dan menyusun semula (reform). Ketika kita menghampiri fasa terakhir, fokus lebih terarah kepada sektor digital. Kebanyakannya menjurus kepada e-dagang, teknologi 4IR, dan ekonomi digital. Butiran adalah seperti berikut:

RM500 juta untuk Dana Transformasi Teknologi PKS.

RM100 juta untuk Geran Automasi Pintar; syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.

RM100 juta untuk Geran Padanan Digital PKS dengan kerjasama syarikat telekomunikasi.

RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran yang memanfaatkan lebih daripada 200 ribu orang.

RM1.2 bilion untuk Dana Penjana Nasional dengan sokongan RM600 juta daripada kerajaan khusus untuk usaha digitalisasi perniagaan.

RM100 juta untuk mewujudkan National Technology and Innovation Sandbox bagi meneroka teknologi dan inovasi baru.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif yang dibawa oleh Covid-19 telah mendorong transformasi digital Malaysia ke arah Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).

* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti

Klik di sini untuk terus membaca