PROGRAM Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan 10 peratus daripada keseluruhan tawaran kepada pelajar bukan bumiputera berlandaskan agenda-agenda pembangunan tersendiri kerajaan Malaysia. Dengan mendokong dasar... Klik di sini untuk terus membaca

PROGRAM Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan 10 peratus daripada keseluruhan tawaran kepada pelajar bukan bumiputera berlandaskan agenda-agenda pembangunan tersendiri kerajaan Malaysia.

Dengan mendokong dasar mewujudkan persaingan sihat dan memantapkan integrasi nasional serta solidariti kaum, pada tahun 2003 akhirnya pe-lajar India dan Cina di Malaysia telah diberi keistimewaan saksama untuk memasuki program pendidikan kebangsaan.

Mengimbas kembali kronologi program matrikulasi di Malaysia, pada tahun 1999 hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 10 Mac 1999, program matrikulasi diangkat sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelaja-ran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan profesional.

Namun, peluang pendidi-kan istimewa itu hanya dibuka untuk bukan bumiputera selepas empat tahun kerana menyedari keperluan mereka agar tidak tercicir dalam pembangunan akademik negara.

Seiring dengan itu, sebanyak 1,500 pengambilan khas telah dilaksanakan untuk pelajar India pada tahun 2017, diikuti penambahan pengambilan seramai 700 orang lagi diumumkan pada 2018 yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 2,200 pelajar. Pertambahan pengambilan tersebut diimplementasikan bagi membantu mencapai sasaran tujuh peratus pelajar India di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ironinya, agenda pembangunan pendidikan kerajaan itu terganggu apabila acap kali terjadi perubahan dalam kancah politik dan tampuk kepimpinan negara sehingga merampas hak peluang pendidikan sedia ada pelajar India.

Menyusut

Akhbar harian Malaysia Nanban sejak pengumuman keputusan tawaran ke kolej matrikulasi sesi 2020/2021 dibuat pada awal Jun ini tidak menang tangan melaporkan isu yang menggemparkan masyarakat India gara-gara pengurangan tempat yang drastik. Malaysia Nanban menjelaskan, saban tahun tawaran ke program matrikulasi melibatkan pelajar India semakin menyusut iaitu daripada jumlah 2,200 orang pada tahun 2018 turun kepada seramai 1,200 pada 2019 dan tahun ini pula kira-kira 700 pelajar memperoleh peluang tersebut.

Akhbar Tamil itu mendakwa langkah KPM menyelaraskan kemasukan ke universiti awam, kolej matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam melalui UPUOnline adalah antara punca penyusutan tawaran ke program matrikulasi.

Pengurangan jumlah tawaran ke program matrikulasi seperti yang dijanjikan bukan sahaja meminggirkan hak pendidikan pelajar India, malah menggagalkan segala usaha polisi kerajaan dalam memperbaiki kelangsu-ngan hidup kaum India.

Susulan laporan Malaysia Nanban itu, majoriti masyarakat India khususnya ibu bapa, pelajar, ahli-ahli akademik, badan bukan kerajaan India dan parti politik terus melontarkan persoalan dan menuntut penjelasan KPM.

Misalnya, Persatuan Seni, Budaya dan Kerja Amal Negeri Pulau Pinang, Kelab Pendidikan Paarvai Negeri Johor, Parti Mira dan Parti Politik Hindraf merakamkan kekesa-lan dan meminta KPM mendedahkan jumlah sebenar tawaran ke matrikulasi pada tahun ini.

Laporan Malaysia Nanban turut menegaskan bahawa pihak kerajaan dan KPM wajib memuktamadkan solusi kekal untuk membela hak pendidikan kaum India yang seiring dengan tuntutan serta permintaan perdana masyarakat India terhadap isu matrikulasi.Solusi muktamad adalah menggazetkan tawaran kemasukan ke program matrikulasi.

Langkah menggazetkan jumlah tawaran yang dijanjikan pihak kerajaan sebelum ini iaitu seramai 2,200 bagi pelajar India bukan sahaja menjadi penyelesaian terbaik, malah memperbaiki survival masyarakat India di Malaysia.

Laporan Malaysia Nanban turut meminta pihak KPM melantik pegawai berketurunan India dalam bahagian pemilihan calon ke program matrikulasi demi menjamin peluang itu diperoleh mereka yang benar-benar layak.

Akhbar itu berhujah, kerajaan tidak perlu terburu-buru melaksanakan perubahan mengikut ideologi politik masing-masing supaya usaha itu tidak menyentuh polisi sedia ada melibatkan sensitiviti bangsa demi terus membela hak asasi berkaitan pendidikan kaum minoriti.

*Jagatheswary Narayanan ialah penulis bebas di Johor

Klik di sini untuk terus membaca